Bercuti di Singapore (Saudara di Rivervale) Part 2.

Assalamualaikum warahmatullah...


Jom sambung lagi cerita pasal jalan-jalan kat singapore ~! 


Oklah, masa dah tiba di Changi Airport tu kan, kitorang pun follow our tourist guide, Maziah (singaporean gurl) yang sudi menunjukkan jalan ke arah Rumah Atuk Sedara saya yang terletak kat Rivervale.


Bagaimana ke Rivervale ?  


Changi Airport --> naik MRT --> kemudian naik Bus --> Jalan Kaki. (agak agak kitorang dah jalan kaki sebanyak 4 kilometer..macam nak mati jalan haha...dengan beg berat bagai !! tapi alhamdulillah !) 


 Berjalan kaki ke stesyen bus...

SBS transit 


waiting for the bus


snap snap


Uncle bus yang smart dan baik hati..sepanjang pemerhatian yang dilakukan ...semua tempat ada pekerja yang smart dan bersemangat...malah, pemandu bas wanita dia..sangat cun macam pelakon pulak hahahaha....dekat MRT station pun ada pekerja yang duduk kat Mesin beli ticket...wala..


ticket keluar sini.. saya jadi jakun sebab dah lama tak naik bus T_T bayar ticket pun tak reti.

ok sila bayar 1.20 SG dollar each of uuuuu :)


mama dan babah :)



Gambar gambar di jalan raya Singapore. Cantik, sungguh bersih..
semua sedia maklum SINGAPORE IS A FINE COUNTRY ya...susah nak nampak sampah merata rata... 





Dan buat pengetahuan semua..banggunan yang nampak macam CONDOMINIUM tu..sebenarnya taraf FLAT  je kat SINGAPORE..kalau kat Malaysia, FLAT dah macam setinggan :( So..Rumah Flat di Singapore sangat besar !!!









Huhu.. ohya, semasa berjalan kaki dan naik bus.. saya perasan, Singapore citizen kebanyakkannya pakai basikal untuk ke mana mana sahaja. so memang banyak orang naik basikal kat negara ni...sikit sikit kena hon hon dengan orang naik basikal..suruh bagi laluan hahaha...




 Dalam pukul 11.00 pagi tu...dah sampai kat rumah atuk !!! Saya pun tak pernah melawat saudara kat sini.dan saya pun tak pernah tahu saya ada sedara kat sini ? Until datang menyinggah ke rumah atuk ni..hahaha...Hello atuk ! Assalamualaikum ! :)  



Eh eh, sempat tidur terbongkang semua  anak dara ni...dan lepas tu dikejut makan pulak...alhamdulillah rezeki !!

jihah, qilah, maziah, agnes


agnes, and neo

lauk terbayekk dari orang singapura..hahaha makanan kampung style...ikan masin masak lemak, dengan daging masak kicap dan sambal belacan !

Caya tak....atuk dah tua.. tapi masih lagi bekerja di Airport sebagai security guard..dan nenek tak bekerja...:) ok babai jumpa lagi lainkali. gambar ini bukti dah pernah jumpa dan sampai sana heheh :P


Ok jumpa lagi dalam next entri sebab nak cerita kami cari hotel !! hahaha..letih, penat rasa nak pengsan berjalan dari pagi...hahaha..kaki rasa nak tercabut.. tapi perasaan nak berjalan dan explore singapore tu membuak buak hahaha..




** Allahuakhbar...tenangkanlah hati ini.. resah. Harini balik lambat dari kerja.. sangat penat. =..= 



Comments

  1. Abe Mat dan akak nak ke Singapura lagi...

    ReplyDelete
  2. Tak pernah try naik bas kat s'pore ni lg...biasa dtg naik kete je...mcm advanture je nek bas ni kan...

    ReplyDelete

Post a Comment