Pages

Friday, February 15, 2013

Bagaimana Kami Solat Di Sekolah Cina.

Assalamualaikum warahmatullah ...


Alhamdulillah, walau kat mana kita berada pun..selagi ada nyawa dikandung badan...solat lah dimana pun. Jangan bagi alasan. Allah itu maha mengetahui dan maha mengasihani...tak solat, nanti tak dapat berkat Allah swt...



Di tempat saya bekerja takde surau. Takde bilik matapelajaran pendidikan islam. Cikgu agama mengajar di perpustakaan. 



Kalau nak solat, cari ruang yang bersih (walaupun tak bersih mana pun sebab kawasan saya ialah kawasan budak budak khas faham faham je la kan dengan air liur, budak terkencing terberak sana sini) Jadi memang susah nak cari kawasan yang bersih. 



Kalau nak ambil wuduk pulak, kena ambil di paip dengan kelas..situ susah sikit, kena pandang depan belakang kiri kanan supaya takde orang nampak amik wuduk kat situ...aurat pulak kena jaga...



Saya harap nanti pada masa akan datang , ada ruang solat untuk cikgu beragama Islam di mana mana sekolah pun..






bagi saya, takde alasan untuk tidak solat. 
kat mana mana pun boleh solat. yang penting ada kompas.
kalau di mekah orang solat je atas pasir..atas jalan raya.. tepi bustop..

kalau orang kata kotor ke ape ke..
EISHHH kotor macam ni kau boleh solat ?? Tak elok solat kotor kotor camni ??
saya tetap akan solat...
ayah saya kata kotor itu bukan najis...


saya faham sekarang. kita bukan buat sesuatu benda yang susah pun.
kita SEMBAH ALLAH SWT yang maha kuasa, maha esa, DAN TIADA TUHAN MELAINKAN DIA. 
kewajipan kita untuk sembah dia, PENCIPTA ALAM SEMESTA, PEMILIK HARI PEMBALASAN. 
sujudlah , jangan tungu sampai nikmat hidup ditarik baru nak sujud :)




 

Designed by Alieff Artwork