2 hari 1 malam percutian ke Melaka kali ni. Dah lama rindu kat arwah atuk dengan nenek.. rindu jugak nak tidur kat kampung, di solok menggong , Melaka. :)
Alhamdulillah, kali ni dapat tidur di kampung. Malam tu pulak ada sambutan Maulidur Rasul di Masjid solok menggong. Dapat dengar tazkirah dan cerita ustaz tentang betapa hebatnya Rasulullah s.a.w...best sangat sangat dengar cerita ustaz ! Lepas tazkirah je ada jamuan..sedap woooo..nasi minyak ! Rezeki murah malam tu...
Pagi esoknya singgah ke kubur atuk..tambah batu hiasan putih tu...kasi cantik...masih ada bunga dan daun pandan yang berteraburan atas pusara. Maklong dan famili agaknya yang last visit kubur atuk nenek ni...Alhamdulillah...
Sedekah yassin dan fatihah untuk atuk, nenek, dan semua keturunan, semua muslimin dan muslimat yang telah pergi ke Rahmatullah...Alhamdulillah...
atuk dan nenek pergi dalam bulan yang sama tapi dalam tahun yang berbeza. tarikh pun hampir sama jer...:)
ini kubur atuk kesayangan ku... i love you !
atuk pergi 29 Julai 2009
ini kubur nenek kesayangan ku !! i love you
nenek pergi 30 Julai 2007
adik mak...
pakcik saya ni meninggal masa dia darjah 4 kot...masa tu jalan nak balik sekolah.. kena langgar lori..
yang ni kubur moyang saya..
nama dia Comot binti Aris
:)
Ada kelapangan lagi nanti saya ziarah lagi ya...lari sekejap dari kesibukan dunia...dan mengingati yang telah pergii... kita yang hidup ni lah yang dapat doakan mereka yang telah pergi...moga nanti kalau kita dah takde lagi hayat di bumi ni.. ada yang mendoakan kita pula.. insyaAllah..amin...
Comments
Post a Comment