Assalamualaikum warahmatullah...
Moga moga semua orang yang saya sayangi dalam keadaan yang baik ya..saya selalu doakan untuk semua..walau jauh saya tak pernah lupa.. :)
Saya rindu juga pada arwah atuk dan nenek..sedar..bahawa manusia ni bila kehilangan baru nak mencari cari...bila ada depan mata tak reti menghargai..tak cukup rasa rasa kasih sayang atuk dengan nenek..dan masih belum cukup untuk menikmati serta menghargai kasih sayang mak dan abah..
Allah..jangan kau ambil mereka sebelum ku sempat berbakti pada mereka..bakti ku untuk mereka masih belum cukup..masih belum cukup Allah..
Alhamdulillah..saya bersyukur kerana dikurniakan keluarga,keturunan serta sahabat yang baik...
Allah, peliharalah kami dari orang yang zalim..daripada penyakit yang sukar diubati..daripada sebarang bencana dan malapetaka..daripada kejahatan di dunia dan juga diakhirat...
Allah..Ampunilah dosa dosa kami. Perkenankan doa doa kami. Terima taubat kami. Permudahkan jalan dan urusan kami. Hilangkan resah dan bimbang di hati kami. Jadikan kami orang yang beriman dan bertaqwa. Orang yang soleh dan solehah. Anak yang baik kepada kedua ibu bapa kami. Jauhkan kami dari azab api nerakamu. Masukkan kami dalam syurga firdaus mu..
Allah
Pada kau aku berserah. Jadikan ku orang yang sentiasa berserah..bersyukur serta redha atas apa sahaja ketetapan mu padaku sama ada cepat atau lambat.
Allah
Pada kau aku bergantung. Pada kau ku berdoa. Pada kau merayu dan memohon. Pada kau aku meminta.
Kerana Engkau Ya Allah
Adalah sebaik baik penolong. Maha pengampun bagi yang sering berdosa. Maha pengasih bagi yang sering lupa. Maha lembut bagi hati hati yang keras. Maha kuasa bagi perkara yang mustahil.
Alhamdulillah ya Allah.
Jika cinta pada manusia hanya nafsu nafsi mainan syaitan bagiku..aku lebih rela menabur cinta padamu Allah..
Alhamdulillah ya Allah.
Kerana beri peluang padaku untuk mengecapi cintamu Ya Allah. Sedar dan kagum atas kekuasaanmu. Terbit rasa rugi kerana tidak sedar dari awal. Namun syukur aku masih tidak terlambat ya Allah..
Ya Allah..andai dunia luar menjadikan aku jauh dariMu...aku lebih rela berada di ruang sempit dan kecil ini untuk sentiasa dekat denganmu Ya Allah..
Ku tahu kau Maha mengerti Ya Allah..Redha aku atas ketentuan padaku..Alhamdulillah atas nikmat dan rezeki ini..semuanya cukup bagiku..Alhamdulillah..
:)
Comments
Post a Comment