Mahal Tapi Berharga ? =)

Assalamualaikum warahmatullah..






Maruah diri itu mahal harganya. 
Tau tak kamu nampak mahal bila kamu tahu jaga maruah.
Tau tak kamu nampak cantik kalau kamu menutup aurat.
Bagi saya perempuan yang tak cun pun nampak cun sangat di mata saya bila dia menutup aurat dengan sempurna.


Tahu tak bukan maruah dan aurat sahaja yang perlu kita perlihara ? Mulut. Woww...kata kata boleh jadi seperti pedang yang tusukannya berbisa. Elakkan diri dari banyak bercakap. Elakkan diri dari bercakap benda yang tak penting, lebih lagi benda yang kita kurang pasti kesahihannya. Lagi satu jaga mata. 


Pandanglah benda yang penting jer. Benda yang tak penting yang kita nak sangat pandang tu..buat benda lain lagi baik !


Jaga mulut, jaga adab. Cantiklah kita di mata manusia...tapi lagi cantik di sisi Allah swt..


Diri ini pun belum sempurna lagi. Sebab tu saya suka suka sangat tengok orang lain yang pandai menjaga maruah dan pandai menjaga aurat dengan baik. Saya cemburu. Saya malu dengan diri sendiri. Saya banyak kurangnya berbanding mereka. Saya cuba melengkapi apa yang mampu.


Cantik di sisi Allah lebih baik dari cantik di mata manusia betul kan ?


Baru saya faham maksud "terpelihara". 


Orang orang yang baik selalu terpelihara. Tau tak siapa yang perlihara dia, siapa yang aga dia ? Allah swt...


Allah swt perlihara dia dari perkara perkara yang buruk. Dari malapetaka, dari orang orang yang zalim..dari sebarang bentuk kezaliman kecuali Allah swt berikan ujian kepada hambanya yang beriman...


Jadi kadang-kadang kita terdetik dalam hati..."kenapa ye orang macam dia takmau kawan dengan kita ni, poyo betul"...


Muhasabah diri balik, agak agak kita ni cukup baik tak untuk kawan dengan orang orang yang baik mcam tu ? Kalau diri ni banyak buat dosa...dan suka buat dosa kat orang lain..Alla swt jauhkan kita dari seseorang yang "terpelihara" tu...


Fahamtum ?


Ada non muslim yang bertanya .. "kenapa ya dia pakai purdah ? wajib ke dalam islam?" - Oh tak wajib pun dalam ISLAM kalau nak pakai purdah, jawab saya.



Dalam hati, elok lagi orang pakai purdah ni, lebih terpelihara. Terpelihara adabnya, terpelihara serba serbi jika dia tau menaga maruahnya. Terpelihara dari fitnah. Banyak baiknya. Syabas bagi yang pakai purdah tu !





Jangan malu untuk jadi baik der !!!
Malu malu...nanti kamu yang rugi kan :)
Untunglah siapa yang sedar dari awal tu, Alhamdulillah !



Orang yang baik di mata kita jadikan..sebagai role model. Penanda aras kita. Tingkatkan amal supaya kita sama sama berjalan ke arah yang diredhai Allah swt...Saya suka berkawan dengan orang yang suka kongsi ilmu dia dengan saya. Jom sama sama kumpul saham akhirat nanti ! dan jangan kedekut ilmu !



Doa doa moga dikurniakan sahabat sahabat yang baik soleh dan solehah. Doa moga sentiasa terpelihara dari sebarang bentuk kezaliman di dunia dan diakhirat. Amin ~!


Babai ! Sayang semua ! Muah Muah...

 

Comments