Monday, January 28, 2013

Kita Riak & Takbur Tanpa Sedar.

Assalamualaikum warahmatullah...


Sedar tak sedar ramai antara kita ada sifat riak dan takbur ni. Termasuk saya ! Ahaa...secara tak sedar...kita ada sifat ini walaupun bukan niat kita untuk bermegah megah dengan apa yang kita miliki.


Baik harta benda, ataupun ilmu yang kita ada.


Sebelum apa apa, meh kita istighfar dulu...atas dosa dosa riak dan takbur yang ita dah terlajak buat selama ni. 


Sifat riak , takbur ni adalah tingkah laku yang suka menunjuk nunjuk dengan apa yang kita ada pada orang lain. Sifat suka bermegah megah.


Contoh :

Kalau ada kereta baru..nak tunjuk kat semua orang kereta kita baru dan besar...

wehhh aku ade beli barang ni..harga dia $$$$k..hebat laa barang ni weh !! (ini pun dah kira menunjuk nunjuk)

Kalau nak beri derma..nak tunjuk kat orang yang kita beri derma.. dan duit derma tu jumlah yang besar...

ehh..aku dah derma kat palestin rm50...ko dah ke belum ??? (ini pun dah dikira bermegah megah)

Kalau bercakap, kita cakap besar..bermegah dengan ilmu yang kita kongsi dengan orang lain..

dulu aku sekolah agama, aku tau ilmu ilmu agama ni..aku tau itu..aku tau ini...panggil aku ustazah..(ini pun dah kira menunjuk nunjuk dah)

Selalu membanding bandingkan kehebatan diri sendiri dengan orang lain. Contohnya..aku lagi bagus dari dia.. aku lagi hebat dari dia sebab bla bla bla...


Ini yang saya dapat dari facebook harini. Sebagaimana rapi kita menutup keburukan kita... seperti itulah kita harus menutup kebaikan kita. Bukan menunjuk nunjuk.





Manusia tak suka.
Allah swt lagi tak suka.

So, macam mana nak elakkan diri sifat riak dan takbur ni ? Selalu muhasabah diri balik. Jangan banyak bercakap benda yang tidak penting. Jangan menunjuk nunjuk kehebatan diri. Kalau nak buat kerja.. bertindak dengan melakukannya bukan dengan mulut. Sorokkan kebaikan anda. Sorokkan kemewahan anda. Supaya kita terhindar dari sifat riak dan takbur ni ok ?







 

Designed by Alieff Artwork