Cara Buat Oreo Cheese Cake (Mudah!)

Assalamualaikum warahmatullah...

Apa khabar semua..harap sihat belaka ya ! Harini nak share pada kalian cara buat oreo cheese cake dengan cara paling mudah. Hehe...budak kecik hingusan pun leh buat ni...



Bahan-bahannya : 
  1. Cream cheese Philadelphia 1 kotak
  2. Biskut Oreo 3 bungkus
  3. Halal gelatin 3 sudu
  4. Susu segar 5 sudu
  5. Butter 6 sudu or could be extra.
  6. 6 sudu biskut oreo yang dihancurkan (without cream).
Alatan : 
  1. Blender / lesung batu
  2. Mixer


Mula - mula asingkan semua biskut dengan cream.


Tumbuk semua biskut yang telah diasingkan tadi. alau pakai blender yang boleh blend benda keras pun boleh. Lagi pantas. 


Lepas tu taburkan biskut yang telah hancur tadi ke atas loyang / bekas yang besar dan leper.

Gaulkan biskut yang hancur tu dengan 6-8 sudu butter yang dah cair sehingga sebati. supaya biskut hancur tu akan bercantum dan keras jadi tapak cake.  Ok kalau dah siap..simpan dulu dalam freezer bagi dia berehat sekejap. Dan mulakan step menggaul dengan mixer pulak.


 Sediakan mixer. masukkan cream cheese dalam mixer dan pukul sampai kembang.

Lepas tu masukkan cream biskut yang telah diasingkan tadi. pukul sampai kembang.


Sementara tu, cairkan gelatin dengan air suam. 2 1/2 atau 3 sudu besar je cukup. Jangan lebih nanti tak sedap. Dah cairkan baru masukkan ke dalam mixer tadi.

 

Dah masukkan gelatin, masukkan pula sedikit gula (jika ingin manis), masukkan susu segar, dan juga masukkan 6 sudu biskut oreo telah hancur (supaya nampak titik titik hitam biskut tu comey sikit)


Ok semuanya dah kembang semangkuk..cantik !!!


Ok keluarkan loyang yang di-berehatkan dalam freezer tadi dan tuangkan adunan tadi ke dalam loyang cake kita... tadaaaaaaaaa....comey kan kan


hah ! comeyyy kan dah kata comey !!


Lepas tu ambil la 4-5 biskut (without cream) untuk jadi hiasan atas cake tu. tepek kkan atas kek.  Lepas tu bolehlah dimasukkan ke dalam peti seuk beku. bekukan kek dalam 4 hingga 5 jam...dah cukup beku baru boleh makan...hehe






Tadaaa !! Kek Oreo Cheese dah siap.. gambar selepas dibekukan selama semalaman.. Alaaa tomey omey nye oreo cheese cake ni...


Potong sikit untuk famili...selebihnya nak bawak ke sekolah bagi kawan kawan :)

Bila potong tau tak apa jadi ??? Hahaha  

Disebabkan resepi sebenar suruh letak 3 sudu je butter..so tapak cake saya tak berapa jadi sebab butter terlampau sikit. Jadi untuk korang semua adikan pengajaran.. gaulkan butter dengan jumlah secukupnya supaya biskut hancur kat bawah tu melekat dan keras...kalau butter kurang nanti jadi macam cake saya ni..biskut hancur sikit kat bawah...:)

tadaaaaaaa !! 
ehh sedap ke ni ? hahahaha takpe suruh kawan test dulu...

Pagi pagi sampai sekolah je terus bagi kat kawan kawan makan.. hehee
komeN : sedap !!! hehehe lainkali buat lagi !!
yeayyyyyyyy nasi baik kek aku jadi !


walaupun tak berapa nak cantik...tapi rasa dia sedap !!!
 

ahaa comey kan !!


kena ada bukti gambar supaya korang semua percaya hahaha ini bukan cerita tipu punya ! hahaha :)


ok babai ! sayang semua laju laju yaaaaaa !!


Comments

  1. whoaa ! seriously, nampak sedap gilerr !! lamanya tak makan cheese cake ! uhukk ~ :(

    ReplyDelete
  2. mohon share ye..sis...sdpnye

    ReplyDelete

Post a Comment