Saturday, January 05, 2013

Allah Melarang Hambanya Mengeluh.

Assalamualaikum warahmatullah...

Tanya diri sendiri, adakah korang suka mengeluh ???
hayyyaaa...susah la macam ni !!
alaa, mana boleh macam tu !!
penatlah...benci betul la kalau macam ni...ishh !!
Adoyai..kenapalah nasib aku macam ni...hurm...

 


Semalam , masa duduk di meja guru .. saya sibuk membuat kerja di laptop...menghadap microsoft words...edit tables..sedia maklum kalau buat tables di Microsoft Words, memang payah..kalau nak guna Microsoft Exel..saya pulak tak reti !

Bila tarik lebar hujung ni, yang lain semua lari jauh......bila kecikkan font, semuanya jadi hodoh...juling mata aku !



Then Saya gelak je la...

Lau : Eh, kenapa kamu gelak eh? Saya tengok kamu buat kerja, tapi masih lagi gelak gelak.

Neo : Hahahahahah saya kelakar la tengok tables ni hahahaha, lawak gile ! Dia boleh main lari lari ayam pulak dalam ni..dia tak pandai lari setempat kot ??

Lau : Ayyaaa...benda da rumit pun you boleh gelak lagi ker ? Positif nya you ni..kalau saya tak boleh wooo..tension...

Neo : Hahahahahahah tables ni bebetul buat lawak ! (#tekekek kekek mak iloi iloi aku gelak)



PAP saya tutup laptop..., berkemas kerana its time to go home !~! Jam pun dah pukul 4.00petang masih overtime di sekolah.

 
(**siapa berani cakap cikgu balik on time separuh hari ?????siapa berani cakap ??? i jahet mulut dia dengan jahitan silang pangkah kang :P )



Saya percaya, kalau semua kerja saya buat dah tak betul dan nampak kelakar tu..maknanya saya kena balik rumah dan rest !  =)





Jadi kawan kawan sekalian, perlukah kita mengeluh setiap kali kita tengah buat kerja ? Saya paling tak suka orang mengeluh bila buat kerja.. kalau nak mengeluh pun.. biar dalam hati je la...biar orang lain tak dengar..

(**saya pun mengeluh jugak, tapi mostly dalam hati je..kalau tersasul tu memang tak sengaja) 

Entahlaa, bila saya dengar orang lain mengeluh, saya rasa lebih lemah semangat..dan takde mood nak kerja...kita semangat nak buat kerja, orang lain mengeluh pulak. Kan tak best tu ?

Kalau boleh..setiap kali rasa nak mengeluh tu...kita tukarkan dengan...ayat...Astagfirullaalazim...MasyaAllah...Allahuakhbar...Tukarkan dengan ayat zikir nama Allah..itu lebih baik dan sedap telinga mendengar tau...





Mengeluh. Perbuatan ini sangat dikutuk oleh agama dan hukumnya haram. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda,:
 
" Tiga macam daripada tanda kekafiran terhadap Allah, merobek baju, mengeluh dan menghina nasib orang."
 
Dan sabdanya pula, " Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliyyah, dan orang
yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongnya bagi pakaian dari wap api neraka." (Riwayat oleh Imam Majah)
 


 









 

Designed by Alieff Artwork