Pages

Friday, December 21, 2012

Ramai Lelaki Dayus =(

Assalamualaikum warahmatullah.. salam sayang semua :)

Moga moga kita ada kesedaran, dan terbuka hati untuk berubah. Jangan jadi lelaki dayus. Dan jangan heret ayah dan suami kita ke neraka. Sama-sama kita berubah ye...Astagfirullahalazim...


Dayus ialah lelaki yang mengetahui perkara dosa dilakukan oleh ahli keluarganya dan dia sekadar senyap dan membiarkan ia berlaku tanpa diambil apa-apa tindakan, dan termasuk dayus juga lelaki yang meletakkan tangannya kepada seorang wanita yang tidak halal baginya dengan syahwat". (Imam Az-Zahabi, Al-kabair)

Nabi saw. bersabda, "Tiga golongan yang Allah tidak akan melihat mereka pada hari kiamat, anak yang derhaka kepada ibu bapa, perempuan yang menyerupai lelaki dan lelaki dayus." (HR Ahmad dan Nasaie)

Nabi saw. bersabda, "Tiga yang Allah haramkan baginya Syurga, orang yang ketagih arak, anak yang derhaka kepada ibu bapa dan lelaki dayus yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya." (HR Ahmad)

Wallahualam... via >> ~ Panduan Hidup Mukmin ~


 

Designed by Alieff Artwork