Saturday, December 15, 2012

Cara Masak Ayam Masak Lemak Cili Api.

Assalamualaikum..

Rasanya semua orang boleh masak menu ni kan? Hehe...senang jer...walaupun saya ni jarang sgt masak..kui kui..disebabkan parents i diluar kawasan..jadi kena masak jugak :)

Jom kita masak Ayam Masak Lemak Cili Api.

Caranya...sediakan bahan bahan seperti berikut:

Ayam 8 ketul
Serai 2
Daun kunyit
Cili padi (dalam 10 biji..kalau nak pedas letak extra)
Asam keping 2
Bawang besar 2 biji
Bawang putih 3 biji
Tomato 2
Serbuk kunyit
Santan

Cara Masak Ayam masak Lemak cili api Mudah.

Mula mula basuh ayam dengan tepung sampai bersih suci murni..

HIRIS Bawang besar dan masuk dalam periuk..

Tumbuk segala bahan ni ~ bawang putih.serai..daun kunyit..cili padi...dan masukkan dalam periuk..

Masukkan ayam.yang telah dibasuh tadi semua dalam periuk..

Pasangkan api...dan gaul gaul ayam.dan segala bahan tadi..tujuannya untuk keringkan air ayam tadi..

Lepas agak agak dah sebati adunan bahan dengan ayam tu..agak agak segala bau dah serap sebati..masukkan santan sesedap rasa..dan juga asam keping..

Sentiasa kacau supaya santan tidak berketul ketul..kacau sambil joget lambat dan gerudi inul..kalau nak campur air sikut pon leh..ikut la korang suka kuah banyak or sikit..

Masukkan garam..jangan lupa..

Pastu masukkan serbuk kunyit dan gaulkan sampai kuah korang jadi kuning...sukati korang lah nak kuning pekat ke kuning cair ke..dan boleh masukkan tomato..

Pas agak agak dah menggelegak dan ayam pun dah masak..boleh tutup api! dah siap!

SIAP DAH BOLEH MAKAN...
SEDAP MAKAN DGN TEMPOYAK..ATAU CENCALOK Haha...





 

Designed by Alieff Artwork