Wednesday, December 19, 2012

Cara Bayar Zakat Online : Zakat2u !

Assalamualaikum warahmatullah...

Saya rasa tersangat lah kompius dan sakit perut bila mengira zakat pendapatan ni (**padahal sakit perut sebab makan cempedak goreng ) hehehehe...!

Pagi pagi ni dok menyerang facebook chat Abu Halifah ni...tanya dan suruh dia kira pasal zakat pendapatan. Pening dia layan saya...hahaha.. Ok nak cerita pasal bayar zakat ni.. ade cerita agak lawak ye...cerita ikhlas dan tak ikhlas nye bayar zakat ni :) Heheheh...



Tahun lepas merupakan tahun pertama saya bekerja. Masa tu saya langsung tak amik tahu tentang bayaran zakat pendapatan ni. Bila orang lain bayar..terhegeh hegeh.. lepas tu dah ketinggalan. Jadi ni tahun kedua kerja..so baru nak belajar bayar zakat ni...

Mula mula kira.. kena bayar RM460.00 (maknanya sebulan RM38.00)
Lepas tu silap kira...
Kira-kira balik...kena bayar RM612.00 (maknanya sebulan RM51.00)

Ok, mana satu ni ? Huuuu tak boleh juga nak compare zakat pendapatan dengan orang lain... kita belanja pun lain-lain kan..

Gaji pokok __ x 12 =
Imbuhan rumah __ x 12 = 
Imbuhan Tetap Awam __ x 12 = 
Elaun khas Cacat __ x 12 = 
Bantuan Sara Hidup __ x 12 = 
PENDAPATAN SETAHUN = 40++ k 

KERETA __ X 12 = 
RUMAH __ X 12 = 
KWSP __ X 12 = 
BELANJA __ X 12 = 
PERBELANJAAN SETAHUN = 18++ k

PENDAPATAN - PERBELANAAN = 40 - 18 k = ___ X 2.5 %

ZAKAT PENDAPATAN TAHUNAN = RM612.00 TUNAI

HAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA BETUL TAK?
Maen belasah je ni. Kalau nak diikutkan memang betul la ni..

Oh anyway, cuba tengok ayat kat bawah ni...katanya "Kalau hendak bersedekah berilah makanan kepada haiwan , sebab haiwan memang tidak akan mampu ucap terima kasih, apatah lagi membalasnya..." Saya sungguh terharu dengan kata kata ni sebab saya kan selalu bagi makan kat sugar glider..bagi makanan sedap sedap lak tu..tu kire sedekah la ek ? Yeke...huuu..yang saya tahu, haiwan ni sentiasa berzikir pada Allah swt...mereka tunduk mengaAgungkan kebesaran Allah swt..sebab tu lah kita tak boleh menganiaya dia...harap harap sugar glider saya selalu doakan kesejahteraan hidup saya hahaha.. boleh ke camtu ? XD



Okaylah bagi sesiapa yang takde kesedaran nak bayar zakat tu..bayarlah zakat ok. Kat Quran, Allah ingatkan banyak kali...Bayar Zakat wahai hamba hamba sekalian.... sila bayar zakat !! 

Boleh lah bayar zakat secara online di https://www.zakat2u.com.my/


Hah camni la kiranya.. kena daftar dulu...

Lepas tu baru boleh bayar :) online je senang kan !
ok babai semua ! i lap you alllzzz muahx !





P/s : Tetiba dapat panggilan urgent - lah - sangat sebab kena datang sekolah Guru Besar nak bincang pasal hal hal sekolah....Wuuuuuu mari bekerja berkhidmat untuk negara ~ Weeee.. kena bergerak lelaju...tapi sakit perot ! (cempedak goreng punya pasal) ok babai !!!



 

Designed by Alieff Artwork