4 Kitab Allah SWT : Taurat, Zabur, Injil & Al-Quran.

Assalamualaikum warahmatullah...

Al-quran paling terbesar di dunia ! 
Apa agak agak dalam fikiran kamu ek ? huhu...kat muzium mana tersimpannya al-quran ni ye ? Wu...menariknye !!




  



Kitab suci Allah swt ada empat...iaitu kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al Quran. Kesemua kitab suci ni wajib diimani kaum muslimin...terselit juga dalam rukun iman yang ketiga kita bahawa kita kena beriman dengan kitab-kitab Allah swt...ingat rukun iman ada berapa adik adik semua ? :)


Rukun Iman ada enam (6) perkara :

(1) Beriman kepada ALLAH SWT
(2) Beriman kepada Malaikat-malaikat
(3) Beriman kepada Kitab-kitab
(4) Beriman kepada Rasul-rasul
(5) Beriman kepada Hari Kiamat
(6) Beriman kepada Qada dan Qadar



Alangkah indah dan sucinya kitab kitab Allah swt ni kerana semuanya diturunkan pada bulan Ramadhan..maha suci Allah kan ? :)

Erm...cam terfikir sejenak kan...kalaulah saya dapat tengok dan baca kitab kitab sebelumnya kan...macam mana agaknya ek ? Ada lagi ke ? Kat mana nak cari ? Boleh tak macam tu ? Kalau dapat cari kan....memang best laaa !!  (ayooo Quran pun belum habis  master lagi nak tengok kitab lain pulak ye)

Bukan cam tu.. erm yela...setiap kitab yang diturunkan tu...dalam bahasa lain -lain..bahasa Ibrani, bahasa Qitbhi, bahasa Suryani, dan bahasa Arab...mesti sangat menarik kan.

Kuasa Allah, Maha mengetahui akan sesuatu...sewaktu kitab taurat (kitab paling first turun), dah dinyatakan oleh Allah swt yang Nabi Muhammad s.a.w akan lahir sebagai nabi yang membawa kebenaran..Maha Suci Engkau Ya Allah.













Kitab Taurat (Nabi Musa alaihissalam)

  • Kitab Taurat telah diturunkan oleh Allah s.w.t. kepada Nabi Musa a.s. dalam bahasa Ibrani. Dalam Kitab Taurat ini terkandung hukum syarak dan keyakinan yang betul. Ia juga menerangkan bahawa seorang nabi akhir zaman (Muhammad s.a.w.) akan lahir dari keturunan Nabi Ismail a.s. Kitab Taurat yang asli tidak ditemui lagi pada masa sekarang kerana isinya telah ditokok tambah oleh orang-orang yahudi.


Kitab Zabur (Nabi Daud alaihissalam)

  • Kitab Zabur telah diturunkan oleh Allah s.w.t. kepada Nabi Daud a.s. dalam bahasa Qibthi. Kitab Zabur tidak mengandungi hukum perundangan. Kandungannya hanya mengenai perkhabaran, cerita, zikir, doa serta hikmah-hikmah. Oleh sebab itu Nabi Daud tidak mempunyai syariat tersendiri, ia dan umatnya hanya mengikut syariat yang dibawa oleh Nabi Mus


Kitab Injil  (Nabi Isa alaihissalam)

  • Kitab Injil diturunkan oleh Allah s.w.t. kepada Nabi Isa a.s. dalam bahasa Suryani. Diantara kandungannya yang utama ialah menyeru umat manusia agar mengEsakan Allah s.w.t. Kitab Injil juga memberitakan akan kelahiran seorang nabi dan rasul diakhir zaman iaitu Nabi Muhammad s.a.w. Orang-orang Yahudi telah mengingkari akan kebenaran Allah s.w.t. Mereka telah menghimpunkan kitab-kitab ini menjadi satu yang diberi nama "bible" kemudian mereka ubah isi kandungannya mengikut kehendak hati mereka agar berkesesuaian dengan kehidupan mereka seharian. Bible ini terbahagi kepada dua bahagian besar. Pertama bahagian Taurat yang dinamakan dengan Perjanjian Lama (Old Testament). Kedua bahagia Injil yang dinamakan dengan Perjanjian baru (New Testament).


Kitab Suci Al Quran  (Nabi Muhammad salallah alaihi wassalam)

  • Kitab suci Al Quran adalah sebuah kitab yang telah diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. Al Quran diturunkan dalam bahasa Arab. Di dalam Al Quran mengandungi hukum-hukum serta peraturan yang lengkap meliputi seluruh aspek kehidupan manusia, sama ada untuk mencapai kemakmuran hidup di dunia mahupun untuk kebahagiaan hidup di akhirat. Ajaran yang disampaikan di dalam Al Quran sesuai untuk seluruh umat manusia dipermukaan bumi ini tidak kira bangsa dan keturunannya. Ajaran yang termuat di dalam Al Quran lengkap dan sempurna, ia tidak akan berubah dan kekal selama-lamanya bahkan ia tetap dipelihara oleh Allah s.w.t.




Semua kitab turun pada bulan Ramadan

  • Menurut sumber berdasarkan hadits shahih dari Imam Ahmad, kesemua kitab-kitab suci tersebut turun pada bulan Ramadan, shuhuf Ibrahim turun pada awal malam pertama bulan Ramadan, Taurat turun pada hari keenam bulan Ramadan dan Injil pada hari ketiga belas dari Ramadan.[6] Al-Qur’an diturunkan pada bulan Ramadan berdasarkan pada salah satu surah di dalam Al Qur'an yang berbunyi,
  • “ Bulan Ramadan yang diturunkan di dalamnya Al-Qur’an, sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan atas petunjuk itu, serta pemisah antara haq dan batil. ”—(Al Baqarah 2:185)
  • Ibnu Katsir mengatakan bahwa Allah menyanjung bulan Ramadan diatas bulan-bulan yang lain, yaitu dengan memilihnya sebagai bulan dimana kesemua kitab-kitab suci diturunkan di dalamnya.

Doa saya harini untuk semua sekali ye ;) : Ya Allah ya tuhan ku hindarilah aku dari manusia manusia yang zalim...dan hindarilah aku dari perkara perkara yang boleh menzalimi diri ku sendiri...sayangilah dan kasihanilah hamba mu ini sesungguhnya engkaulah maha Pengasih lagi Penyayang, Maha suci Engkau Ya Allah, cukuplah Allah bagiku..kerana Engkaulah sebaik-baik penolong. Ampunilah segala dosa dosa kami, hindari kami dari azab api neraka mu dan masukkan kami dalam syurga firdaus dimana mengalir sungai-sungai Ameen :)

Comments