Sugar Glider : Sayur Sugar Glider Suka Makan.

Salam.



Buat semua pembela sugar glider...korang pun paham sangat perangai anak anak korang kan. Sugar Glider ni sejenis binatang yang sukakan makanan makanan yang manis. 

Buah buahan adalah paling favorite ! Tapi..kita tak boleh bagi makan buah saja ingat tu...
Macam saya, saya kena bagi diorang makan benda wajib ni : (TELOR,ULAT,BUAH-BUAHAN,SAYUR-SAYURAN)

Tapi masalahnya sugar glider ni memilih dalam bab sayur mayur ni ! Acano ye ? Kena la ajar diorang makan..angan ikut sangat perangai gedik sugar glider ni ok. 

Contoh cara nak ajar diorang makan sayur ? Letak je sayur tu tanpa ada makanan lain..kalau lapar sangat dia makan lah nanti ! Kalau dia tak makan jugak...bg laa dia buah buahan dan train dia sikit sikit makan sayur.

Jenis Sayur Yang Sugar Glider Saya Paling Suka Makan. (mesti makan sampai licin)

Lobak merah (carrot) 
   

Petola
 
Timun
 
Tomato 
 
Terung

Walaupun ramai yang kata..kena REBUS dulu sayur sayuran sebelum bagi kat sugar glider...tapi saya tak rebus pon. Saya selalu bagi benda fresh je dekat sugar glider saya (harap-harap bahan chemical tu tak memudaratkan sangat ok so far takde yang mati, so basuh betul betul sayur tu)

Saya pun belum pernah bagi sayur yang keras keras seperti kentang, keledek, labu...sebab yang tu memang keras selalunya orang kena rebus. Sayur sawi dan kangkung pon saya belum pernah try tapi oleh sebab sugar glider saya suka sangat makan 5 sayur diatas..jadi saya dah taknak pening kepala beli benda lain haha.

****

Nah banyak lagi jenis sayur yang korang boleh cuba bagi sugar glider korang makan. Yeah except biji-bijiran , bawang bawangan, cili cilian  dan cili benggala tu ok ! Hahaha...jangan lupe banyakkan membaca pasal jenis sayur yang sugar glider tak boleh makan.

Jenis sayur sayuran 

Jenis sayur sayuran
Harap korang dah bertambah idea nak bagi sugar glider makan sayur k !
ohya jangan lupa JOIN PETS LOVER MALAYSIA...kat sini korang boleh tanya semua tentang sugar glider atau lain-lain haiwan perliharaan  =)

Pets Lover Malaysia {FACEBOOK GROUP}
*join KELAB PLM sekarang ! kongsi idea / masalah / pendapat tentang haiwan perliharaan anda dengan kami*
"WE SHARE BECAUSE WE WE LOVE AND WE CARE"









Comments

  1. salam kak, kalau makan isi ikan boleh tak?:P sy bagi dia try makan td. dia mkn sikit kot

    ReplyDelete
  2. wahhh tu lah shida pun lama xjengah blog awak cik neon :)
    selamat berkenalan semual heheee :D

    ReplyDelete

Post a Comment