Pages

Sunday, September 23, 2012

Nuffnang : Bermula Gaji Seorang Blogger !

Salam.

Lama dah tak cakap pasal nuffnang ni. Time blogging menggiler dulu...sikit sikit update pasal nuffnang. Ramai yang  masih tak tahu nuffnang ni apa kan ? Bagi blogger tegar..dah pakar sangat pasal nuffnang ni.

Nuffnang ni syarikat. Syarikat yang boleh bantu blogger buat duit. (senang cerita kan ) Sistem dia simple je..
korang daftar diri kat page nuffnang, lepas tu ikut arahan cara pasang iklan nuffnang di blog korang. Lepas korang letak iklan nuffnang di blog korang..bermula dari situ lah GAJI SEORANG BLOGGER bermula. 

Betul ke ? Alaaah..aku buat tak dapat ape pun. RM0.50 je dari tahun lepas ! Haha. Bagi pengguna blog yang tak rajin study, diorang akan cakap macam ni. So jadi rajin sikit dan amik tau kenapa orang lain leh dapat sampai RM10,000 sebulan dari syarikat nuffnang ? 

Kaji selidik balik korang ada tak ciri-ciri kat bawah ni : 
  • Visitor korang SETIAP HARI ada tak mencecah 500-1000 , 5,000-10,000 visitor ke atas ? ke takat 15 orang je memang takde harapan.
  • Blog update 2-3 kali setiap hari, bukan update seminggu sekali ! 
  • Blog Gliterrati ( blog yang ade iklan nuffnang, setia) Blog Non-gliteratti (blog yg ada banyak iklan laen pesaing Nuffnang contoh : Advertlets, tak setia) . Blog yang setia paling banyak buat duit dari blog yang tak setia hahaha.
  •   Cara tukar blog non-gliteratti ke gliterrati...just BUANG semua iklan yang boleh jadi pesaing nuffnang dan hantarkan email report kepada Nuffnang untuk apply Gliteratti balik. Nanti automatic Nuffnang akan bagi status Gliteratti balik.
  • Entri korang kalau takat pasal hari ni jumpe boifren, hari ni kipas rosak, hari ni boifren bagi bunga, esok hari khamis, (kebanyakkan tajuk pun malas orang nak baca) entri entri tah hape hape mmg takde harapan nak kaut visitor.(jangan risau, entri kat silampuneon pun mmg bosan, tapi saya gumbira je..sila berbangga dengan entri anda..blog korang, sukati koranglah !)
  • Entri entri howt mmg mengaut visitor yang ramai ! Tgk je la blog yang cerita pasal artis, pasal gosip, pasal tips blogging, pasal berita terhangat, pasal kecantikan, pasal keseksian, pasal kehangatan, pasal menang peraduan, pasal menang kereta, pasal menang rumah, ...haaa...yang ni harapan memang tinggi ! (semuanya saya pernah cuba dan saya stop sbb nak fokus pada diri sendiri lebih baik)
  • Adakah rupa aras dan carier seorang blogger juga boleh dijadikan satu ciri-ciri mengaut visitor yang ramai ? JAWAPANNYA YA ! Haha...kalau tak caya cuba korang bandingkan visitor di blog Silampuneon dengan blog Hanis Zalikha !

Kalau korang takde ciri-ciri yang boleh mengaut visitor macam saya cerita kat atas...Memang harapan korang tipis. TIPIS giler hahahaha. Jangan nak berangan ok. Ini hakikat.Tapi kalau korang tak kesah takpe :P

****

Ok sudah lah tips nuffnang tu ok. Harini saya jenguk sat gaji saya kat Nuffnang...hurm...boleh beli apa ye dengan duit ni. Nanti saya fikirkan...Sebab RM520.00 ni sekelip mata e saya boleh habiskan. Hahaha...mari kita invest kepada sesuatu yang lebih berfaedah !

 Mana satu iklan yang boleh buat duit ?

 CPUV - COST PER UNIQUE VISIT.
Kalau korang dapat iklan ni mmg bertuah la. Iklan ni dibayar mengikut seramai mana visit yang terpukul kat blog korang. Selagi iklan tu bersiar dalam blog orang..selagi tu duit korang akan bertambah.Tgk saja iklan Maxis Olympics tu dah cecah RM114.00





 CPC - COST PER CLICK.
Siapa yang dapat banyak iklan ni. Jangan nak gembira sangat sebab iklan ni tak banyak membantu korang pun. Jika ada visitor yang click iklan ni baru korang akan dapat duit. Kalau takde..jangan harap. Tgk setiap click dia hanya RM0.25 sen jer.

ok itu sahaja, sekian maseh !@ _@





 

Designed by Alieff Artwork