Pages

Saturday, September 15, 2012

Menara Kuala Lumpur @ KL Tower.

Salam,




Rabu minggu lepas saya dan anak-anak murid dapat jemputan makan makan raya di Menara Kuala Lumpur. Tempat limited, jadi yang pergi cuma 2 orang cikgu dan 8 orang murid je. Itupun dah jenuh nak menjaga budak budak buas ni :)

Rasa macam pelik jugak sebab inikan jamuan Hari Raya Aidilfitri...saya pulak bawa murid-murid cina hehehe...Bila tengok sekolah lain .. ramai sungguh yang pakai baju melayu dan baju kurung comel2...anak murid saya cina...mana ada baju hari raya :P

Kelakar jugak. Masa bejalan-jalan dengan anak murid saya kat KL tower tu...saya dah terbiasa speak mandarin dengan anak-anak murid ni. Bila orang lain bagi pandangan pelik..saya pun rasa pelik jugak..haha tapi rasa seronok jugak sebab pengalaman hidup saya berbeza dengan orang lain...mungkin yelah..takdir mengajar di sekolah cina kan..kalau tak takdelah merasa pengalaman macam ni...

And then ada sorang murid melayu ni tanya saya..

A  cikgu, saya tak puasa hati dengan cikgu.
B  kenapa ya ?
A  kenapa cikgu cakap bahasa cina dengan diorang ?
B  er...saje je kenapa ?
A  cikgu, macam mana cikgu belajar cakap bahasa cina ?
B  cikgu tak pergi kelas pun, cikgu belajar dengan anak murid cikgu je..bila bercakap dengan diorang lama-lama paham sikit-sikit...
A  ooooh, wo se hashim. ni senme ming ?
B  wo se laushe nurul. hashim ni hao ma ?
A  hao hao hao !

:)

Just enjoy the pictures ya...pertama kali saya jejak kaki di Menara Kuala Lumpur...:)

















 kenal tak selebriti ni :)











-->
 

Designed by Alieff Artwork