Pages

Thursday, September 20, 2012

Betulkan Niat, Jika Terpesong.

Niat. Niat tu penting. Kalau buat sesuatu...kena ada niat..apa nawaitu korang. Betulkan kedudukan, duduk tegak, tarik nafas..hembus..dan betulkan niat. Kaji selidik balik hati kita.

Kadang-kadang niat dah betul...tapi tindakan ? Tak sama seperti apa yang diniatkan.



Macam hari ini. Niat saya nak be good..tapi awal-awal pagi dah ada yang bikin kepala saya jadi pening..dan tetiba saya terhangin dan termelantun suara.

Terlajak perahu boleh undur cik kak. Kalau terlajak kata ? Buruk padahnya...

Bila perkara dah berlaku..baru terfikir balik niat asal kita tuh. Dah menyimpang jauh dah...Mula la menyesal "kenapa laa aku perangai ceni..takleh ke bawak bersabar sikit"

Kadang-kadang..niat dulu lain...niat sekarang tetiba berubah pulak...jadi nak kembali kepada niat yang asal tu..agak susah bila dah menyimpang tanpa sedar ni. Sebenarnye perkara ni boleh terjadi bila kita mengikut KEHENDAK DIRI kita. Terlampau inginkan sesuatu , jadi niat yang asal tu kita tinggalkan.

Saya percaya...kalau kita berniat baik untuk semua orang...insyaAllah ada ganjarannya. Biarlah Allah swt je yang tentukan ganjarannya. Redha saja dengan ketentuan Ilahi. Tak payah nak sibuk kata Allah tu tak adil..aku dah buat macam-macam tapi ganjaran zero..tak boleh cakap camtu sebab apa sahaja yang Allah beri atau tak beri semua ada hikmah sebalik itu :)

babai assalamualaikum !

-->
 

Designed by Alieff Artwork