Pening Kepala.

Salam.

Sebenarnya sakit kepala...pening sangat kepala ni. Mungkin penangan perangai murid murid harini yang super hyper...tak terlarat lagi rasanya..
Dua tiga hari berturut turut ni warga ppki buat latihan persembahan sempena menyambut gong xi fa cai...walaupun cikgu beragama islam tak boleh menyertai perkara ni..tapi saya niat tolong anak anak murid je lah. Kalau diikutkan..memang orang islam tak boleh sertai aktiviti melibatkan agama lain ni...takde kaitan langsung...tapi entahlah..tak tolong nanti terbiar pulak anak anak murid ni..
Hati saya agak sayu sebenarnya...orang lain sibuk sambut maulidur rasul dan berarak di sekolah sambil berselawat beramai ramai...saya rindu saat itu. Dulu...ada juga pertandingan nasyid,tulisan khat,mengaji alquran sempena maulidur rasul...tapi...saya sekarang berada di sekolah Sjkc...maka angan angan sajalah saya...terpaksalah ikuti takwim sekolah ni...macam macam kan..dugaan Allah nak kasi pada kita...
Semoga saya sentiasa tabah dan kuat semangat walau apa pun cabaran dan dugaan yang Allah beri...amin...

Published with Blogger-droid v2.0.4

Comments