Pages

Friday, February 17, 2012

Cara Nak Manjakan Sugar Glider (Bonding)

Salam.
Seperti ada dikalangan korang yang tau...saya namakan sugar glider saya killer. Sebab dia ni suka terkam dan gigit orang yang dia tak kenal. Sebijik macam harimau...macam karnivor pulak.
Dua tiga hari ni perangai killer makin lama makin baik. Harini saya hanya bawak killer pergi kerja. Nak cuba manjakan dia ni dulu...yang lain lain tu takde la buas macam si killer ni.
Nampaknya killer dah mula kenal bau saya. Masa pergi kerja bawak dia..dia takut takut...masa balik kerja saya suruh dia masuk dalam bonding pouch..dia dah paham arahan dah.
Dalam kereta masa memandu saya letakkan jari saya dalam bonding pouch dia..usap killer masa dia tidur..dia sedar saya usap dia..tapi kali ni dia tak terkam.
Jom kita bergambar dengan encik killer! Muahhhxx cayang dia tuh! Baik baik ye sayang...

Published with Blogger-droid v2.0.4
 

Designed by Alieff Artwork