Salam.
Buat pengetahuan korang semua...kalau kita bela sugar glider dari kecil...masalah bonding tak susah sangat berbanding sugar glider yang dah besar. Makin besar sg ni..makin mengada ngada dan cerewet lah diorang ni dalam memilih kawan huhu.
Baru sehari saya bela si killer,mumu dan kontot. Rasa mencabar jugak. Saya bela bukan niat semata nak breed sahaja,tapi target nak manjakan diorang sama manja macam shemie dan ninja. Nampaknya perkara ni bukan suatu perkara yang mudah.
Ohya berbalik kepada tajuk kita tu. Bagaimana cara kita nak kenalkan sugar glider dengan kawan kawan baru?
@ tukar sleeping pouch mereka. Killer tidur di sleeping pouch shemie. Shemie tidur di sleeping pouch killer.
@ bagi sugar glider duduk sangkar yang dah ada bau sugar glider lain. Saling bertukar sangkar supaya boleh kenal bau bau kawan dengan lebih lagi.
@saling bertukar bonding pouch. Biarkan bonding pouch yang dah ada bau sg tu..dan letak sg baru dlm bonding pouch tu...
@testing testing letak sugar glider A dan B dalam satu sangkar...tengok boleh macthing tak...selalunya jantan akan match dengan betina. Betina akan match dengan jantan. Biasalah tu kan. Masing masing ada daya tarikan huuhuhu..
Kat sini i nak share gambar shemie dan mumu mula berkenalan dan tidur sekali dalam satu sleepibg pouch. Nampaknya shemie lebih cepat get along dengan new family member! Kalau ninja tau shemie ada pempuan lain..mampuslah shemie kene marah...heheheh...shhhhshhh jangan bagitau ninja tau!
Published with Blogger-droid v2.0.4
Comments
yang jantan senang matching ngan yg betina..tp kalau jantan ngan jantan..boleh buat gaduh woo..hahaha
ReplyDeleteelei blagak btol la silampuneon nie mentang2 da sugar glider dok nk kepoh2 pasal haiwan peliharaan dia wei sedar sket satu hari nanti sugar glider ko akan mati gak kena ingat kak neon
ReplyDeleteShemie CURANG!!hahhaa
ReplyDeleteErm..Neon nie bkn nak berlagak seyh,tp wseny tak salahkan dia nak berkongsi cerita???