Pages

Thursday, February 16, 2012

Cara Buat Dried Eggs (Menu Dalam HPW).


 Salam,

Pernah terfikir apa yang ada dalam kandungan makanan yang korang bagi pada sugar glider korang tu ? Yeah, kebanyakkannya gunakan hpw..ibarat PENTING gila lah hpw ni untuk sugar glider. Tapi kandungan hpw tu ada baca tak ? 



(firstly, this is only my opinion) Jangan ada yang nak melatah latah lebih lebih. Karang lempang kang. Kalau i silap boleh komen secara berkhemah..ok !

Masa beli susu Ensure (ini bukan susu untuk baby atau ibu mengandung ya...ini susu untuk pemakanan seimbang), saya baca ingredient susu tersebut,,,dan saya bandingkan dengan ingredient HPW...wah...lebih kurang sama. Semua zat lengkap. Cuma hpw kebanyakkannya tambah dried eggs, bee pollen. Nak tambah protien dan sedap sikit gitu.

Pada pendapat saya...kalau teringin lah nak buat sendiri your own HPW, boleh lah mula mencuba dengan membuat DRIED EGGS dulu...kemudian hah campur je dengan susu ensure sikit...boleh kot ! Tapi yang nak tambah bee pollen tu i tak tahu lah...

Ohya ! i lupa nak bagitau you all.. Kawan i kata..rahsia bulu sugar glider cantik dan berkilat...u all boleh titiskan sikit minyak zaitun kat makanan orang tu...blend sekali dengan makanan tu...ni kawan i kata laa.... i tak pernah try pun XD



ohhh anyway !!! ini cara nak buat dried eggs ! powder eggs ! serbuk telur yang selalu ada dalam HPW tu =)



 

Designed by Alieff Artwork