AWAS Peniaga Samseng (Pertama Kompleks & Petaling Street) !!

Salam,

Entri ni berkenaan kes peniaga samseng di pertama kompleks dan petaling street. Kes demi kes berlaku dari dulu sehingga sekarang berkenaan peniaga samseng yang suka menipu, mengugut,dan mencederakan pembeli-pembeli disitu.

(saya pernah terkena, tobat !!! taknak pergi membeli belah di tempat tempat ini lagi)

Kenapa pihak berwajib tak ambil tindakan ? Mungkin sebab tiada aduan dibuat...atau bila aduan dibuat..tindakan tak diambil sekeras kerasnya....sebab tulah kes kes seperti ugut, tipu, kes pukul berlaku dikalangan pembeli dan peniaga di situ.







Antara perkara yang selalu berlaku di kedai kedai di Pertama Kompleks & Petaling Street :
- pembeli ditipu dengan harga yang terlampau mahal
- pembeli dikepung kerana tidak mahu beli barang
- peniaga memegang dan menarik tangan pembeli dan paksa beli
- peniaga ugut jika pembeli takmau beli
- peniaga guna kekerasan memukul pembeli yang tak beli


video ni kes peniaga samseng di pertama kompleks..(long time ago) tapi sampai sekarang berlaku...


Baiklah. Bagi pendapat saya, peniaga peniaga macam ni memang sungguh samseng dan kurang ajar. Bila pembeli datang menuntut hak sebagai pengguna...peniaga peniaga samseng ni sekeras-kerasnya menentang tuntutan pembeli tuh...siap tak takut lagi kalau kena saman or kena tangkap or kena gulung tikar...mulut bila berbicara pun takde adab...

Macam ni ke peniaga yang dibernarkan berniaga di Malaysia ni ? Betul ke mereka ni ada lesen berniaga ??? Peniaga peniaga samseng ni selalunya terdiri dari kalangan orang malaysia sendiri... ada juga dikalangan rakyat asing...

Wujudnya peniaga samseng ni betul betul mencemarkan kawasan membeli belah di sekitar kuala lumpur ni. Sampai orang kita pun takut nak shopping kat tempat sendiri...apa nak jadi ? Sampai bila harus begini ??? Chow ~





Comments

  1. eeek, scary nye video tu! sy kerja kt pertama kompleks tp x pernah lg try beli phone kt atas tu, beli sekali kt area kedai, tp member kata mahal. even for 2nd hand. skang ni nk beli phone, tnye bos, senang dia leh kawtim dgn tauke2 phone yg dia rapat kt situ.

    ReplyDelete

Post a Comment