Pokok Markisa.

Salam,

Lama sungguh tak mencoret di blog lip lap ni...oh tuhan..nikmat hidup yang kau beri..aku tak nak persia sia kan...alhamdulillah..aku bersyukur masih lagi punya kesempatan hidup di muka bumi ini. Berikan aku kesempatan ini untuk sentiasa beribada pada mu...cinta pada mu...taat paada mu...love you...

Ohya ! Apa khabar kamu semua ? Semoga pembaca pembaca budiman sekalian sihat selalu ya. Happy happy selalu ya !

Hari ini saya nak kongsi cerita tentang pokok markisa. Korang pernah dengar tak tentang pokok ni ? Pernah makan buah markisa ?

Mak saya ada tanam di halaman rumah. Masa pokok tu kecil dulu...sayalah yang tolong mak ikat tali rapia ata garaj. Untuk pokok tu senang melilit nanti. Sekarang pokok tu dah besar...melilit ke atas garaj...dan sudah berbunga...menanti masa untuk berbuah. Tak sabar saya. Setiap kali balik kerja...saya mesti jenguk pokok markisa ni sebelum masuk ke dalam rumah...=)









Crredit : Wikipedia =)
Pokok Markisa
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Pokok Markisa
frames
Pengelasan saintifik
Alam: Tumbuhan
Divisi: Angiosperma
Kelas: Magnoliopsida
Order: Malpighiales
Famili: Passifloraceae
Genus: Passiflora
Spesies: P. edulis


Pokok Markisa yang sedang berbunga
           
Pokok Markisa atau juga dikenali sebagai buah susu, merupakan sejenis pokok yang menjalar bagi mendapatkan cahaya matahari. Buahnya yang rasa sedikit masam dan manis boleh dimakan begitu sahaja ataupun dijadikan minuman. Kini terdapat jus markisa dijual di pasar raya atau kedai-kedai.

Pokok markisa ini terdapat di kebanyakan negara-negara tropika dan sub-tropika terutama di Australia, India, Kenya, New Zealand dan Hawaii. Markisa ditanam secara komersil di negara-negara berkenaan. Dua varieti yang biasa ditanam untuk tujuan ini ialah markisa berkulit warna kuning (Passiflora edulis f.flvicarpa) dan buah markisa berkulit warna ungu (Passiflora edulis sim).

Terdapat dua jenis markisa, satu berwarna kuning yang tumbuh di dataran tinggi dan satu lagi berwarna ungu. Walau bagaimanapun, rasa kedua-dua jenis ini adalah sama sahaja. Varieti kuning didapati lebih sesuai ditanam di Malaysia kerana boleh mengeluarkan hasil yang lebih tinggi berbanding varieti ungu. Varieti kuning ini telah dibawa ke Malaysia dari Australia dan Hawaii pada tahun 1960-an. Markisa ialah tanaman saka yang menjalar. Buah markisa mengeluarkan sulur paut dari pangkal daun. Bentuk daunnya bulat membujur dan rata di tepi.

Di Malaysia, markisa dari varieti kuning mula menghasilkan buah dalam jangka masa 5-6 bulan selepas tempoh penanaman dan jangka hayat pokok adalah lebih kurang 3 tahun. Lebih kurang 74 hari selepas pendebungaan, bunga akan menjadi buah yang bujur berukuran kira-kira 7 cm dan 6 cm dan mempunyai berat dalam lingkungan 8 g. Buah ini manis serta mempunyai rasa dan bau yang sedap apabila ranum.
Buah markisa boleh didapati sepanjang tahun tetapi puncak pengeluarannya ialah di antara bulan Disember hingga Januari dan Julai hingga Ogos. Indeks kematangan komersil untuk buah markisa adalah apabila buah tersebut jatuh dari tangkainya secara semulajadi. Maka barulah buah markisa tersebut boleh dituai. Ini selalunya berlaku selepas 75 hari selepas proses pendebungaan.

Buah markisa ungu sesuai dimakan mentah manakala buah markisa kuning pula sesuai digunakan untuk penghasilan jus. Pulpa markisa boleh dijadikan jem, agar-agar, perasa ataupun campuran kepada yoghurt dan aiskrim. Selain mempunyai citarasa dan aroma yang unik, jus markisa merupakan sumber yang kaya dengan pro-vitamin A, vitamin C, niasin, dan riboflavin. Ia boleh dijadikan komponen untuk minuman sirap, kek, roti dan susu. Kulit buah markisa pula boleh dijadikan makanan ternakan


Comments

  1. 1st !!

    OMG passion fruit ??

    i xtau awk tanam passion fruit ni !!

    sedap x??

    ReplyDelete
  2. suke betul buah ni... susah dah nak dapat.. kalau jus tu senang la.. waaa.. teringin nak makan..

    ReplyDelete

Post a Comment