Jenis Serangga Yang Sugar Glider Boleh Makan.

Salam,

Sugar glider makan serangga ? Yeah...betul tu. Walaupun agak menggelikan bagi manusia, tapi serangga merupakan makanan kegemaran sugar glider tau. Bayangkan kalau diorang bebas kat hutan, bermacam jenis serangga dah jadi makanan diorang.

Hari ini saya nak kongsi jenis jenis serangga yang Sugar Glider suka makan (uwek uwek)...tapi shemie  dan ninja kata (yummm yummmy) Hehehe...

1. LIPAS.
(pastikan lipas ni korang tangkap dan bunuh sendiri okay..bukan lipas yang kena sembur dengan ridsect T_T)
Sugar Glider suka makan lipas ! Siap ada bunyi crunch crunch lagi masa makan lipas ni....

2. LIPAS DUBIA.
Salah satu spesis lipas jugak. Tapi besar gabak ! Banyak isi lagi berbanding lipas rumah kita tu...yang ni ramai orang bagi sugar gider dia makan, tapi I tak pernah try =)



3. ULAT DURIAN
Kalau you all pernah makan durian, mesti pernh perasan yang ulat durian ni besar dan gebu. Sugar glider saya suka sangat makan ulat durian woooo...tapi buah durian tak elok bagi sugar glider makan. Setakat nak jilat tangan bagi dia rasa sikit boleh la... =) Bila sugar glider saya diber makan ulat durian..ya rabbi...berebut sampai bergaduh-gaduh !


4.ULAT ROTI
Yang ni ulat roti. Korang boleh beli dalamm RM5 di kedai haiwan perliharaan. Lepas tu masukkan dalam balang. Bagi ulat ni makan sayur, buah, dan roti. Jaga ulat ni baik baik dan ia akan beranak pinak dalam balang tu. So Setiap selang sehari boleh beri sugar glider makan ulat ni. Tak Kan Pernah Menolak ! Jangan bagi makan banyak sangat, nanti buah dan sayur dia taknak makan dah sebab dah kenyang pula.

5.BELALANG
Ya...belalang. Yang ni saya tak pernah kasi sugar glider saya makan. Belum try lagi yer..nak juga pergi tangkap luar rumah tu banyak=) Yang ni saya dapat tahu dari internet juga...atanya belalang boleh dihidang untuk sugar glider. Korang cuba la yer...

6. CENGKERIK
Sugar glider saya suka sangat makan cengkerik ! Geli geleman daya tengok diorang makan bende alah ni. Tapi sedap agaknya kot ! Menjilat jari gitu...Huhuhu






Daftar Percuma Terima RM10
Modal RM10 Pendapatan Berterusan
Jana Pendapatan Cara Mudah & Terbaru
Portal Iklan & Bisnes Online No. 1 Malaysia

Comments

  1. tringin nak bela SG tapi kat sini takde jual huhu

    ReplyDelete
  2. Woo, banyak geli nya lipas ni. Buangkan buangkan....

    ReplyDelete
  3. mak aih
    lipas...
    suruh dia tangkap lipas tu sendiri boleh x?

    ReplyDelete

Post a Comment