Cara Buat Popcorn - Part 3

Salam...

Ni kali ke berapa kali tah saya buat popcorn! Hehehhe saya suka makan popcorn..jadi kenalah suka buat popcorn jugak ye tak.

Aktiviti hujung minggu di tanah jolobu kali ni..saya memang berhasrat nak buat popcorn dgn famili pakcik asli...XD maklumlah..anak dia pon suka popcorn! Teruja sangat time buat popcorn ni huhu...

Anyway...sebelum saya gerak ke tanah jelebu..saya dah siap siap beli bertih jagung ya...baru rm1.30 macam tu... Kalau kat jolobu baru nak cari bertih jagung..alamat memang tak jumpalah jawabnya! Yang ado hanyalah jagung makanan ayam yer! Hahahahah sengal betul. Teringat haritu pusing satu kuala klawang hanya nak cari bertih jagung...tapi semua kedai jual jagung makanan ayam hahahahhaahahhaha.geli hati denXD

Nak tau cara buat popcorn yang sedap lagi berkualiti? Mulalan semuanya dengan bismillah dan juwa yang penuh dengan kasih sayang dulu...baru boleh mulakan!

Step 1: Basuh bertih jagung dan tapiskan.

Step 2: Panaskan minyak dalam periuk bertutup. Kuantiti minyak biar paras bertih jagung tu... minyak tu jangan banyak sgt..just ala kadar dan mengenai semua bertih..

Step 3: Tunggu sampai minyak menggelegak. Kemudian masukkan bertih jagung dengan pantas. Dan tutup periuk tu cepat cepat.

Step 4: Goyang goyangkan periuk panas tu dengan lemah lembut. Takkala ini..akan kedengaran bunyi pop pop meletup...bertih jagung sedang meletup!

Step 5: Bila dah tiada bunyi pop pop tu...dah masak semuanya dan tutup api...

Step 6: Jom buat gula karamel pop corn pula...

Step 7: Cairkan butter dalam 3 sudu besar ke dalam periuk panas...kemudian tambah 3 sudu besar gula dalam periuk. Gaulkan bersama sehinggga gula cair kekuningan...jangan biarkan gula cair sehingga warna perang! Jika tidak gula tu akan hangit. Kandungan gula dan butter tu ikut citarasa masing masing..kalau nak manis..tambah gula lagi...

Step 8: Tuang gula yang cair dan panas tadi ke atas popcorn yang dah siap tadi. Gaul gula tersebut dengan popcorn sampai sebati hehehhe.

Lepas tu siap! Masukkan dalam bekas kedap udara! Sebaiknya dalam brand tupperware yer! Okahhh dah siap pun resepi popcorn saya ni...nanti kita buat lagi ya!XD babai!


Published with Blogger-droid v2.0.4

Comments

  1. Assalamualaikum,
    cantik blog awak..
    nak tanya sikit..
    di mana boleh dapatkan biji jagung mentah khas untuk buat pop corn ya.
    terima kasih

    ReplyDelete
  2. beli kat giant , carefour atau tesco..bahagian bijirin , kacang..atau bahan kering...

    ReplyDelete

Post a Comment