Cara Buat Kentang Bakar @ Potato Chips!

Slurppp!


Haritu i ada tengok cite masak masak kat food chanel. Masa tu chef tu buat kentang bakar...baked potato chips! Macam sedap je kan.

Tadi i lapar sangat taktau nak buat ape so i try laaa buat baked potato chips ni! Tak tau jadi ke tak..main cuba jer resepi sendiriXD

Tapi sedap gak. Not bad first try buat kan! Cuna lepas ni kalau nak buat kena potong halus halus sikit...more crispy and more crunchy gitew!

Cara nak buat kentang bakar rangup@Baked potato chips!

Step 1: Potong 2-3 biji kentang menjadi kepingan halus. Jangan terlampau tebal nanti tak rangup tak sedap.

Step2: Sediakan loyang dan sapu loyang dengan butter supaya nanti bila kentang da siap..tak melekat kat loyang.

Step3: Bancuh chicken gravy mix dengan air. Celup kentang dengan larutan gravy mix tu.Dan letakkan kentang atas loyang. Susun kentang tu.Lepas tu taburkan garam sikit bagi ada perasa.

Step 4: Bancuh minyak dan campur sedikit oregano atau sphagetty punya daun daun tu. Kemudian sapu atas kentang tadi. Terbalikan kentang dan sapu juga bahagian lagi satu

Step5: Panaskan oven @ketuhar 200degree. Dan bakar kentang selama 40minit.

Siap!

Menjadi juga i buat baked potato chips ni.Lainkali boleh buat lagi...sedap makan kalau rangup rangup huhuhu..

Boleh makan begitu sahaja atau boleh juga cicah sos O:-) Selamat mencuba. ! Babai!


Published with Blogger-droid v2.0.4

Comments