Salam,
 
  
 
 
 
 
 
 
  
 
 
 
 
 
 
 
 
   
Daftar Percuma Terima RM10
Modal RM10 Pendapatan Berterusan
Jana Pendapatan Cara Mudah & Terbaru
Portal Iklan & Bisnes Online No. 1 Malaysia
   
Berita harini , ada budak yang parah kena serang dengan siamang. Bagi budak yang duduk bandar, agak agak kenal tak binatang bernama siamang ni ?  Ganas betul siamang ni sampai boleh mencedera-parah kan seorang budak ye tak ? Sampai isi daging terkoyak nampak tulang tu...(sila baca berita di bawah)
Wikipedia : 
The siamang (Symphalangus syndactylus) is a tailless, arboreal, black-furred gibbon native to the forests of Malaysia, Thailand, and Sumatra. The largest of the lesser apes,  the siamang can be twice the size of other gibbons, reaching 1 m in  height, and weighing up to 14 kg. The siamang is the only species in the  genus Symphalangus.
The siamang is distinctive for two reasons. The first is that two  digits on each foot are partially joined by a membrane—hence the name "syndactylus", from the Ancient Greek sun-, "united" + daktulos, "finger". The second is the large gular sac  (found in both male and female of the species), which is a throat pouch  that can be inflated to the size of the siamang's head, allowing the  animal to make loud resonating calls or songs.
Gambar-gambar siamang.
Budak Parah Diserang Siamang !
Credit : Utusan Malaysia
MELAKA 14 Dis. - Seorang kanak-kanak lelaki yang  melawat Zoo Melaka bersama ibu bapanya diserang dan dicakar seekor  siamang jantan menyebabkan daging kaki kanannya terkoyak hingga  menampakkan tulang dalam kejadian yang berlaku petang semalam.
Haiwan tersebut sebelum itu bertindak ganas terhadap seorang kanak-kanak perempuan menyebabkan kecederaan ringan di tumit kanan.
Muhammad Afiq Haziq, berusia tiga tahun sembilan bulan kini mendapat  rawatan di Hospital Melaka manakala kanak-kanak perempuan itu, Zukrina  Abdul Hadi, 5, dibenarkan pulang selepas mendapat rawatan pesakit luar  di hospital sama.
Ketika kejadian yang berlaku pukul 2.30 petang itu, Muhammad Afiq  didukung bapanya, Kamarul Baharin, 38, bersama isteri, Anita Sulaiman,  36, bersiar-siar di dalam zoo berkenaan.
Kata Anita, selepas sejam bersiar-siar, dia sekeluarga melewati  kawasan khas seperti pulau terbuka yang di kelilingi kolam menempatkan  siamang jantan.
"Tiba-tiba saya dikejutkan dengan jeritan orang ramai dan apabila  menoleh ke belakang saya melihat 30 hingga 40 pengunjung lari  bertempiaran seperti dikejar sesuatu," katanya ketika ditemui di  Hospital Melaka hari ini.
Dalam suasana panik ketika itu, kata Anita, secara tiba-tiba seekor  siamang jantan muncul lalu bertindak agresif dengan menerkam dan  menggigit kaki kanan anaknya.
"Dalam ketakutan saya terus berlari ke arah anak bongsu saya dan cuba menyelamatkannya," ujarnya.
Katanya, dalam suasana cemas itu dia melihat suaminya menarik bulu di  kepala siamang itu supaya melepaskan kaki anaknya yang ketika itu sudah  terkulai dan berlumuran darah.
"Haiwan itu langsung tidak berganjak dan mujurlah seorang pengunjung  yang kebetulan berada di situ bertindak menyepak perut siamang itu  menyebabkan haiwan itu melarikan diri," katanya.
Menurutnya, sebaik sahaja haiwan itu melepaskan gigitan pada kaki  Muhammad Afiq, suaminya terus berlari ke pejabat zoo untuk mendapatkan  bantuan dan rawatan.
Menurut Anita, dia difahamkan anaknya adalah mangsa kedua serangan  haiwan tersebut yang sebelum itu menyerang seorang lagi kanak-kanak  menyebabkannya cedera ringan.
"Doktor yang merawat memberitahu luka yang dialami Muhammad Afiq  memang dalam dan saya sendiri melihat daging betisnya hancur sehingga  nampak tulang," katanya.
Anita berkata, peristiwa hitam itu bukan sahaja menyebabkan anaknya  trauma, malah dia sekeluarga serik untuk mengunjungi mana-mana zoo lagi  selepas ini.
Sementara itu Pegawai Perhubungan Awam Zoo Melaka, Masri Mohd. Arof  memohon maaf kepada keluarga terbabit di atas kejadian yang berlaku itu.
Menurutnya, pihaknya akan membuat siasatan terperinci dengan  pakar-pakar haiwan dari universiti tempatan serta zoo lain dan mengambil  langkah-langkah pencegahan bagi mengelak perkara itu berulang.
"Haiwan tersebut telah ditangkap dan diasingkan bagi menyiasat punca  ia boleh terlepas kerana ia memang tidak pernah keluar dari kawasan  pulau khas itu. Siamang sebenarnya tidak akan menyerang sekiranya tidak  berlaku provokasi," katanya.
Daftar Percuma Terima RM10
Modal RM10 Pendapatan Berterusan
Jana Pendapatan Cara Mudah & Terbaru
Portal Iklan & Bisnes Online No. 1 Malaysia





baru hari ni sye kenal SIAMANG tu binatang ape..huhu
ReplyDeletekanak2 yg kena serang tu adlh sepupu rkn bloger sya cik neo!
ReplyDelete