Tuesday, December 13, 2011

Kalau Mak Bapak Anda Seorang Blogger ?

Salam,



Sejenak terfikirkan.
Bagaimana ya kalau mak ayah kita pun blogger jugak ? Blogger tegar gitu. Agak-agak selesa tak kita nak buat aktiviti blogging nih ?

Ada orang kisah, dan ada juga yang tak kisah. Maklumlah, kalau mak ayah kita pun blogger, mestilah dia sentiasa mengikuti blog anak-anak dia kan ?

Kalau anak dia menulis benda yang elok-elok, sedap mak ayah dia baca...Kalau anak dia tulis perkara merepek dalam blog dia tu ? Mau tak panas mak ayah dia tu ?

Sekarang ni pun dah ramai sangat blogger yang sekadar menulis perkara yang merepek-repek je dalam blog diorang tu. 

Biasalah, orang lain ada blog, dia pun nak ada blog juga. Tapi isi kandugan blog berkisah benda benda tak senonoh seperti ayat berbaur lucah, kutuk mengutuk kawan, cikgu, rakan sekerja, politik, semua benda nak diceritakan dalam blog. 

Pun begitu, ada juga blogger yang mengambil langkah bijak. Menulis ikut rasa hati. Tak peduli apa yang berlaku pun, yang penting segalanya diluahkan di blog. Tapi, identiti disembunyikan. Tak siapa tahu...kalau sedara mara terbaca pun takpe. Yang penting penulis remains anonymous. 






Daftar Percuma Terima RM10
Modal RM10 Pendapatan Berterusan
Jana Pendapatan Cara Mudah & Terbaru
Portal Iklan & Bisnes Online No. 1 Malaysia

 

Designed by Alieff Artwork