Faktor Manusia Berubah ?

Salam,

Seseorang yang kita kenal sekarang, tak semestinya akan kekal dengan caranya / sifatnya yang ada sekarang. Esok lusa tulat mungkinn orang itu akan berubah. Berubah kepada yang lebih baik ? Atau berubah kepada manusia yang lebih teruk. Kita tak dapat nak pastikan, tak dapat nak halang sesuatu perubahan tu dari berlaku...Diri kita sendiri jug bila bila masa boleh berubah...perubahan dari segi mental, fizikal, gaya percakapan, gaya penampilan, dan sifat sifat yang ada dalam diri...semuanya boleh berubah.

Tepuk dada, tanya iman.
Kita mahukan perubahan yang lebih baik atau perubahan yang lebih buruk ? Kalau kita nak jadi orang yang lebih teruk...tak payah hidup pun takpe. Sia sia kita diberi peluang bernafas di muka bumi Allah ni. Eloklah kita buat perubahan yang lebih baik...biar menyenangkan hati sendiri, dan orang lain...

Ada 3 faktor yang boleh merubah seseorang tu.
Matlamat yang jelas, 
Musibah,
Kesedaran,

manusia dan perubahan...





Kunci #1

Matlamat Yang Jelas

Ramai orang tahu perkara ini, tetapi tidak semua orang melakukannya. Matlamat yang jelas bukanlah hanya perkara yang difikirkan dan direncanakan dalam otak sahaja tau! Matlamat yang jelas termasuklah dengan melukis dan melakarkan matlamat kita sejelas-jelasnya. Lukislah atau tulislah perjalanan hidup anda, impian anda atau apa sahaja yang anda mahukan dengan jelas di atas sekeping kertas ibaratkan anda adalah ‘pengarah’ kepada filem hidup anda.

Cuba dapatkan gambar perkara-perkara yang menjadi impian anda seperti kereta BMW325i berwarna putih, ber’sportrim’ 19 inci, bernombor plat WIN 669, rumah banglo 3 tingkat siap dengan ‘swimming pool’ dan apa sahaja yang anda mahu dengan jelas, kemudian ‘print’ dan tampal di tempat-tempat yang anda selalu lihat, seperti di pintu almari pakaian, meja study anda dan lain-lain. Ini akan merangsang ‘subconcious mind’ atau minda separa sedar anda dengan lebih efektif lagi. Selalulah bayangkan anda memandu kereta impian anda, duduk dengan selesa dalam rumah impian anda atau makan di hotel bertaraf 7 Bintang. Bayangkan ia dengan kerap, tulis atau pandanglah dengan selalu dan sebut ia berulang-ulang kali tanpa rasa jemu. Nanti suatu hari ianya akan jadi seperti ‘magik’ apabila impian-impian anda itu mula datang kepada anda. Anda MESTI yakin dengan konsep ini kerana Allah SWT tidak akan menghampakan permintaan Hamba-Nya yang berusaha bersungguh-sungguh kemudian bertawakkal kepada-Nya.

Kunci #2

Musibah (Catastrophies)

Perkara ini mungkin agak sukar diperkatakan kerana kebanyakan orang kebiasaannya tidak akan mempercayai sesuatu perkara sehinggalah ia terjadi kepada dirinya sendiri. Pernah dengar tak pepatah ‘bila kena batang hidung sendiri, baru tahu langit ini tinggi atau rendah’?.  Hehe, Hamka saja timbulkan isu ini kerana rata-rata manusia secara lumrahnya memang susah mempercayai sesuatu. Hamka beri satu contoh, sahabat Hamka sendiri. Ramai orang tak percaya dia ni ‘banyak duit’ kerana dia hanya guna kereta wira, duduk pula rumah teres 2 tingkat sedangkan hakikatnya dia berpendapatan 10 hingga 20k sebulan. Hamka hanya tersenyum simpul kepada rakan-rakannya yang memandang sinis dan memberikan kata-kata yang tak membina kepada beliau. Cerita ini hanya Hamka bagi sebagai contoh ‘ketakpercayaan’ orang sekeliling kita. Kesimpulan kepada point ini, janganlah kita hanya memandang kejayaan seseorang dengan semewah mana kereta yang mereka pakai dan sebesar mana rumah yang mereka tinggal kerana kejayaan kewangan bukan itu ukuran sebenar.

Berbalik kepada ‘musibah’ yang Hamka katakan tadi, sesuatu musibah yang berlaku PASTI akan mampu mengubah hidup dan sikap seseorang. Bayangkan apabila sesuatu musibah berlaku kepada ahli keluarga kita atau diri kita, pastinya dengan serta-merta kita akan bertindak. Sebagai contoh apabila rumah jiran anda sendiri telah dipecah masuk oleh pencuri dan grill rumah beliau telah dipecahkan, beliau pula banyak kehilangan barang, maka kita dengan tak semena-mena terus mencari ‘locker’ untuk mengunci grill rumah kita yang sudah sekian lama tidak di’lock’ dengan sempurna. Itupun setelah dinasihatkan oleh polis yang datang menyiasat kejadian tersebut. Kejadian seperti contoh yang Hamka nyatakan ini adalah ‘turning point’ untuk kita berubah sikap ke arah yang lebih baik. Begitu jugalah dalam realiti hidup kita yang sebenar.

Kunci #3

Kesedaran (Awareness)

Kunci ketiga ini juga adalah perkara yang selalu bermain dalam fikiran ramai orang. Keesedaran yang ‘terkesan’ adalah kesedaran yang mampu mengubah kita ke arah lebih baik, menaikkan aras kejayaan ke tangga yang lebih tinggi dan melonjakkan kita ke puncak kejayaan walau bagaimana sekalipun halangan yang bakal ditempuh. 

SEDAR + BERTINDAK = KESAN

Ya!!! Sedar dan kemudian terus bertindak proaktif tanpa bertangguh-tangguh serta mengelak dari memberikan pelbagai alasan adalah platform kukuh yang boleh memberikan paradigma dan ‘turning point’ perubahan dalam diri kita.




Daftar Percuma Terima RM10
Modal RM10 Pendapatan Berterusan
Jana Pendapatan Cara Mudah & Terbaru
Portal Iklan & Bisnes Online No. 1 Malaysia

Comments

  1. Just curious about it. Anybody know what factors influenced a language formation?(like pronounciation,kind of a habitat,a lifestyle bla bla bla bla bla bla...... Any scientist spending/spent his life trying to find it perhaps?

    ReplyDelete
  2. Just curious about it. Anybody know what factors influenced a language formation?(like pronounciation,kind of a habitat,a lifestyle bla bla bla bla bla bla...... Any scientist spending/spent his life trying to find it perhaps?

    ReplyDelete

Post a Comment