Bedak Sejuk : Ketahui Kebaikannya =)

Salam Semua...

Apa khabar semua ? Neon kembali di sini..lama rasanye menyepi disini..geram sebenarnya sebab masih laagi tak dapat mencari handphone idaman ku...kalau dah dapat handphone idaman esok...tiap tiap minit ada je post terbaru dari silampuneon...sampai ku pasti ada yang termuntah muntah bernanah membaca blog yang tak seberapa ni =)

Ohya...bedak sejuk. Kamu gemar pakai bedak sejuk ? Hehe...say abukanlah peminat bedak sejuk pun..tapi saya balon je sebab takde menda pulak nak tepek time malam-malam. Dulu ada masker...tapi masker dah habis..so bedak sejuk ni ganti masker la...tapi saya juga musykil la..apa kebaikan bedak sejuk ni yer ? apa khasiatnye ? kulit boleh jadi putih macam avril lavigne ke ? Ish ish ish...setakat ni saya pakai macam takde efek je.. hahaha..ke kulit saya yang memag kematu ketuat ? =P

Gambar gambar hantu tepung kat bawah ni diambil masa tengah skype dengan eridanus. 
Eridanus nampaknya gigih menahan ketakutan bila saya menampilkan diri seperti hantu tepung gomak =)








Kelebihan & Kebaikan Bedak Sejuk : 

1. Melicinkan kulit muka
2. Memberi kesegaran pada kulit
3. Mengurangkan kadar pengeluaran sebum/minyak pada kulit
4. Menanggalkan sel kulit mati
5. Ia membantu sejukkan kulit
6. Membersih dan menegangkan wajah

Bedak sejuk di gunakan untuk menghilangan ruam pada muka dan membersihkan liang-liang kulit serta menghilangkan kesan-kesan hitam pada leher, supaya kulit sentiasa segar dan berseri

Cara Menggunakan
1.Ambil 3 hingga 5 butir bedak dan tambahkan dengan beberapa titis air. Pupukkan di bahagian pipi, dagu, leher dan bahagian lain untuk menghilangkan kesan hitam

2. Biarkan kering dan cuci bila perlu. Seelok-eloknya di biarkan selama mungkin agar kebaikan bedak sejuk dapat diserap oleh kulit

3. Agar muka tampakm lebih bersih, oleskan sedikit air pada bedak yang telah kering di kulit dan gosokkkan perlahan-lahan seperti menggosok lulur. Cuci muka dan bahagian yang berkenaan sehinga bersih.









Daftar Percuma Terima RM10
Modal RM10 Pendapatan Berterusan
Jana Pendapatan Cara Mudah & Terbaru
Portal Iklan & Bisnes Online No. 1 Malaysia

Comments

  1. saya pun suka pakai bedak sejuk jugak..my mom yg ajar..

    ReplyDelete
  2. while going to school i use dermi cool as a face powder to look more whiter.obviously, i look more whiter but i am afraid that will it harm my face !!plz help..!!!

    ReplyDelete
  3. muka anda dah macam hantu aku tengok. hehehe...

    ReplyDelete

Post a Comment