Dah terluah apa yang terpendam dalam hati...dua dua dah meluahkan rasa hati yang sama. Perasaan masih kuat dan sama macam dulu..tapi makin lama keadaan semakin tertekan ? Nak ditelan mati mak...diluah mati bapak...Saya akur...saya pasrah sangat-sangat. Saya cuma harap apa yang saya luahkan semalam, difahami...dan bantulah saya untuk saya jadi lebih kuat.
Nasihat pun dah saya beri...apa yang ada dalam hati ni, tulus ikhlas, pasrah dan redha walau apa yang bakal diterima sepahit hempedu. Masing-masing keliru, masing-masing resah...tak terkata apa yang sebenarnya dalam hati ni. Moga segalanya diberi petunjuk dari Allah...semoga keputusan semuanya diberkati Allah...saya taknak ada sesiapa yang makan hati, ada orang yang tak gembira, ada orang yang menyesal selepas keputusan dibuat. Tak mungkin sewenang-wenangnya untuk berpatah balik...ini melibatkan hati dan perasaan orang lain jugak...
Pertama kali saya rasakan tekanan yang hebat dalam otak saya ni...sesuatu yang tak mampu saya terima dengan mudah. Sesuatu yang bakal buat jiwa saya hilang...hilang...
doaku sentiasa mengiringi langkahmu...ku harap langkahku tak terhenti di sini..ku harap langkahku ini bertemankan berkat dan rahmat Allah swt..
Daftar Percuma Terima RM10
Modal RM10 Pendapatan Berterusan
Jana Pendapatan Cara Mudah & Terbaru
Portal Iklan & Bisnes Online No. 1 Malaysia
Comments
Post a Comment