Pages

Tuesday, October 18, 2011

Sekeping Hati Yang Rapuh.

Ya Allah..


Apa yang berlaku ni merupakan salah satu ujian yang amat membuatkan hati ni kecut, remuk, kecamuk, resah. Tak sikit pun aku menyalahkan sesiapa...Tapi ya Allah..aku percaya yang kau lah maha adil, maha bijaksana..maha mengetahui apa yang baik dan apa yang buruk untuk hamba mu ini...Ampunkanlah dosa aku, dosa ibu bapa ku, dosa keturunan ku, dosa kawan-kawan ku, dosa semua umat islam yang ada di muka bumi ni...berikanlah kami petunjuk dan hidayah mu Ya Allah. Kuatkanlah pegangan kami, kuatkanlah semangat kami. 

Walau resah mana pun hati ini, hancur mana pun hati ini Ya Allah..biarlah aku hadapinya dengan keimanan. Biarlah aku terima dengan redha ya Allah. Kerana jiwa ini percaya pada kuasa mu Ya Allah..kau lah yang mendengar luahan hati ini walau sekalipun tak pernah aku luahkan pada sesiapa pun. Kau lah yang maha mendengar apa yang berbisik dan terpendam dalam hati ini Ya Allah.

Wahai sekeping hati yang rapuh, bertahanlah. Apa yang berlaku di muka bumi ini semuanya atas kuasa Allah...semuanya sudah tertulis. Baik atau buruk yang menimpa, pasti ada hikmahnya...yang penting, kuatkanlah iman..suburkan kesabaran...

mood : hanya tingal serpihan hati yang rapuh dan hancur...





Daftar Percuma Terima RM10
Modal RM10 Pendapatan Berterusan
Jana Pendapatan Cara Mudah & Terbaru
Portal Iklan & Bisnes Online No. 1 Malaysia

 

Designed by Alieff Artwork