Salam,
Saya pantang betul kalau ada manusia yang suka mengutuk profession keguruan ni. Entah apa yang busuk sangat ye kalau seseorang tu bergelar guru ? Entah apa la yang si polan ni tak puas hati dengan seorang insan bernama guru...sampai kadang-kadang tu mengutuk terangan di facebook, "alaa kerja jadi cikgu je pun, tak payah la nak bising-bising cakap kerja cikgu ni penat laa ape la, padahal bukan banyak kerja pun...kerja duduk goyang kaki jer !!" Entah kenapa agaknya si polan ni benci dengan orang bergelar guru ni.
sungguh? senang sungguh ya jadi cikgu ni ?
Terkesima saya dibuatnya...kalau ye pun si polan ni nak mengutuk certain people, tapi haruskah membuat status facebook sebegitu sekali ? Saya sebagai guru ni, turut rasa tempiasnya...mudah sungguh si polanni melontarkan kata-kata macam ni...how dare you...
Bagi saya,jadi cikgu bukan senang.Nampak mudah...tapi sebenarnya tak semudah yang disangka. Banyak kerja serta bebanan tugas pengkeranian yang perlu cikgu uruskan di sekolah. Bukan sekadar mengajar, mendidik, mengasuh, tapi lebih dari itu. Tapi semua tu berbaloi dan tak rasa sangat penatnya kalau jiwa kita sendiri ikhlas nak bekerja. Allah akan sentiasa mempermudahkan jalan kita kalau niat kita ikhlas kan...
Untuk lebih detail, saya punyai seorang kawan yang telah menulis tanggungjawab seorang bergelar guru...di facebook :
GURU OH GURU
1. Menulis rancangan mengajar
2. Menanda kedatangan murid/pelajar
3. Menanda buku kerja murid. 1 murid = 3 buah buku 1 kelas = 45 orang murid Jumlah Buku bagi 1 kelas = 135 Buah buku Seorang guru akan mengajar sekurang-kurangnya 5 kelas > 5 X 135 = 675 Buah buku.
4. Menghadiri/ mengendalikan pelbagai jenis mesyuarat - Mesyuarat JKK sekolah - Mesyuarat Guru - Mesyuarat Sukan - Mesyuarat Panitia seorang guru mungkin ada 2 panitia - Mesyuarat PIBG - Mesyuarat Kelab Guru - Mesyuarat Kokurikulum - Mesyuarat Program lebih dari 6 program anjuran sekolah Hari Guru Maulidur Rasul Maal Hijrah Kemerdekaan Bulan Bahasa Hari Anugerah Sekolah Selamat
5. Aktiviti kokurikulum, kadang-kadang seorang guru bertanggungjawab terhadap 2 unit - Perjumpaan unit uniform kekadang hadir Sabtu - Perjumpaan permainan tambah untuk pertandingan pulak - Perjumpaan persatuan / kelab - Latihan rumah sukan setiap minggu
6. Menghadiri pelbagai jenis kursus dalaman / luaran
7. Mengisi pelbagai jenis borang. Borang keluar masuk & buku keluar masuk Borang emis / hrmis/ label Buku Hadir Kursus / balik dari kursus Borang Fleksi PMR / SPM Borang kehadiran murid ke kelas fleksi Buku Pemantauan / salah laku murid Buku catatan relief guru Buku tugasan mingguan Laporan mingguan Laporan keceriaan Borang menghantar dan mengambil kertas peperiksaan selepas mengawas peperiksaan Buku Kokurikulum murid Borang permarkahan kokurikulum
7. Menghantar murid ke Klinik
8. Mengisi maklumat murid di dalam file peribadi
9. Menceriakan bilik darjah selalunya duit poket sendiri
10. Mengisi markah ujian/ peperiksaan
11. Mengisi data murid SMM
12. Menangani masalah disiplin murid / pelajar
13. memasukkan data disiplin di dalam e-disiplin
14. Melayani karenah Ibu Bapa / penjaga
15. Mengecat sekolah
16. Membersihkan bilik / stor / bilik khas
17. Menganjurkan program-program wajib (Hari terbuka dsb)
18. Menyiapkan program Head Counting
19. Melaksanakan pelan tindakan PPD, JPN (seperti KIA2M, etc)
20 Menyiapkan file gerko, persatuan, kelab dan sebagainya
21. Menghantar murid ke pertandingan atau kejohanan
22. Mengendali masalah / kebajikan murid
23. Menunggu semua murid pulang sebelum guru pulang.
24. Mengadakan kelas tambahan, kelas intensif dan sebagainya
25. Menyediakan Bahan Bantu Mengajar (BBM)
26. Berniaga (jualan hari kantin, etc)
27. Menjaga kebajikan murid / ke rumah murid bermasalah
28. Bekerja lebih masa (menyiapkan pentas, backdrop, banner dsb)
29. Menyediakan kertas peperiksaan / ujian
30. Menanda kertas peperiksaan / ujian. 1 subjek 2 paper – 2 2 x 45 = 90 90 x 5 = 450 kertas
31. Perkembangan staf
32. Mengendalikan perhimpunan murid
33. Gotong-royong kadang2 guru perlu bawa semua alatan
* Terdapat lagi tugasan sebagai seorang guru terutama yang ada tugas khas….. tetapi cukuplah sekadar ini untuk nilaian kita bahawasanya tugas seorang guru amatlah berat. Walaupun kita sering menganggap cikgu cuti banyak dan sebagainya. Tetapi hakikatnya tugas seorang guru amatlah berat. Jarang sekali bagi pekerjaan lain membawa balik kerja-kerja pejabat ke rumah, berbanding guru yang terpaksa menanda buku dan menulis rancangan mengajar sehingga lewat malam. Sungguh besar pengorbanan mereka dalam mendidik anak bangsa kita. SELAMAT BERJUANG SEMUA GURU-GURU HANYA ALLAH SAHAJA YANG DAPAT MEMBALASNYA…..
Saya tak pasti bagaimana tanggapan kamu semua terhadap insan bergelar guru...samaada kamu hormatkan guru di depannya saja atau di belakang kamu kutuk habis habisan. Saya tak pasti kenapa kamu memperlekehkan insan insan yang bergelar guru ni...Kalau bukan guru lah yang mendidik anak-anak kamu untuk jadi insan berguna, siapa lagi nak didik mereka tu...
Daftar Percuma Terima RM10
Modal RM10 Pendapatan Berterusan
Jana Pendapatan Cara Mudah & Terbaru
Portal Iklan & Bisnes Online No. 1 Malaysia
banyak nya tugas guru...multi tasking tu.
ReplyDeletedulu kala ingatkan senang je nak jadi cikgu. tapi takpe la... saya tak mampu nak wat semua tu... huhu
Neon, kita kena suruh dorang tukar kerja dgn kita sehari..tengok betapa mampu ke tidak dorang nanti
ReplyDeletebanyak la konon kerja. aku lepak dengan sepupu aku yang seorang guru, dia kata pagi lepak kat kantin sampai kol 9pg. setakat masuk data dengan kerja sukarela yang tak seberapa tu kira celah gigi berbanding dengan gaji yang diterima. jadi kerjaya guru memang mulia jika kena pada orang yang bersungguh. tapi bermasalah pada yang terdesak nak kerja/jawatan. minta jawatan lain tak dapat, jadi jawatan terakhir adalah GURU. ramai kawan-kawan aku macam tu. hahahaha
ReplyDeleteyang cakap tu...termasuk pekerja yg tak bersunpgguh-sungguh la kaki lepak..patut pun tak layak jadi cikgu .terima kasih cikgu kerana ngajar saya membaca menulis mengira..ramai ke org nak ucap terima kasih kat cikgu? ajar keturunan kita jadi pandai..
Delete