Wednesday, October 05, 2011

Kelemumur : Cara Hilangkan Kelemumur?

Salam!



Korang pakai syampu apa ek..untuk hilangkan masalah kelemumur ? Help...Grrr...tengah tengah stress camni..rambut pulak ade kelemumur! jarang giler kot jadi camni..dah bertahun - tahun rambut takde kelemumur...tetiba kena pulak..alahai. mencinyer~ Agak-agak sebab stress ke punca kelemumur ni ek ? ayoo..

gambar kelemumur
 

gambar kelemumur




Credit : infosihat

Apa itu kelemumur?  

- Kelemumur adalah keadaan di mana kulit kepala yang mati dan kering mengelupas secara berlebihan. 
• Lapisan permukaan kulit kepala yang normal akan diperbaharui setiap 28 hari 
• Dalam keadaan kelemumur, kulit kepala akan tumbuh dengan cepat dan diperbaharui setiap 11 hari 
• Pertumbuhan kulat seperti yis yang berlebihan di atas kulit kepala, boleh menyebabkan bertambahnya pembentukan kelemumur 

Punca Kelemumur 

• Faktor-faktor lain yang menyumbangkan kepada pembentukan kelemumur ialah: 
o Jarang bersyampu atau tidak membilas rambut dengan sempurna 
o Penggunaan penyembur rambut atau gel yang terlalu kerap 
o Penggunaan pewarna rambut yang tidak betul 
o Pengeluaran minyak yang berlebihan 
o Perubahan hormon 
o Tekanan perasaan 
o Daya imuniti yang rendah 


Apakah tanda-tanda kelemumur? 

• Kulit kepala gatal dan menggelupas 
• Terdapat kelupasan kulit kepala (kelemumur) berwarna putih dan berminyak pada rambut, bahu 
• Terdapat kelupasan kulit kepala (kelemumur) berwarna putih dan berminyak pada  pakaian 

Bagaimana untuk merawat kelemumur? 

Gunakan syampu anti kelemumur. 
Contoh syampu anti kelemumur dan fungsinya ialah:  
• Syampu berkandungan  zinc pyrithione berfungsi untuk mengurangkan kulat dan  kelemumur


P.s : Syampu apa yang korang pakai ek...apa syampu terbaek yang pernah korang guna..yang dapat mengembalikan kesihatan dan kecantikan rambut? ececeh...=p



Daftar Percuma Terima RM10
Modal RM10 Pendapatan Berterusan
Jana Pendapatan Cara Mudah & Terbaru
Portal Iklan & Bisnes Online No. 1 Malaysia

 

Designed by Alieff Artwork