Pages

Saturday, October 15, 2011

Harga Rumah Di Kuala Lumpur ! GILA.

Salam,


Bapak mahal kot harga rumah kat kuala lumpur ni. Saya rasa nak cekik diri sendiri je,bila tengok harga harga rumah kat kawasan saya ni. Saya duduk cheras...harga rumah lebih dari setengah juta. Bapak mahal...hampir gila dengan harga rumah di sini. Harga rumah memang GILA UNREASONABLE.

Bajet semua orang ada banyak duit ke ? Kalau setengah juta harga rumah...sampai mati pun saya tak dapat nak bayar. Ini kalau saya yang bergelar pegawai. Kalau lain lain manusia yang kerja waiter, kerja sapu sapu sampah, kerja buruh ? Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang ? Mampu ke beli rumah yang harganya hampir satu juta tu ? Memang tak mampu...sampai ke akhir hayat lah duduk menyewa kat rumah orang. GILA...

Ini tanah kita jugak. Tempat lahir kita jugak, macam mana orang kuala lumpur sendiri merempat kat kampung halaman sendiri ? GILA...

Belum lagi ditambah hutang piutang yang membebankan hidup seperti PTPTN tu...Belajar nak kejar cita-cita, nak sumbangkan tenaga untuk produksi negara, tapi berhutang hampir 60 - 100k semata-mata untuk segulung ijazah.  Bila waktu nak bayar balik, hampir tak terusik hutang piutang tu dek interest bank yang terlampau tinggi. GILA... 

Saya surrender nak cari rumah area kuala lumpur ni. Biarlah hidup merempat dari beli rumah harga setengah juta, sampai mati pun hutang tak habis bayar. (kecuali goverment loan haha). Saya surrender habis la, tak nak beli rumah, saya merajuk dengan penjual hartanah kat kuala lumpur ni. Kalau mampu pun, mungkin saya beli FLAT je yang harganya RM50 ribu... FLAT pun mahal GILA...



Nasib baik mak bapak ada properties..boleh lah menumpang sikit. Kalau mak bapak tak reti simpan properties...anak - anak kenalah beli rumah yang harga gila mahal sekarang ni. Haih...kita ni, kenalah belajar berjimat cermat, simpan duit, beli hartanah, beli aset, kalau bukan untuk kita...untuk kesenangan anak-anak esok nanti. Jangan hidup fikir nak enjoy jer...




Daftar Percuma Terima RM10
Modal RM10 Pendapatan Berterusan
Jana Pendapatan Cara Mudah & Terbaru
Portal Iklan & Bisnes Online No. 1 Malaysia

 

Designed by Alieff Artwork