Bajet 2012 !

Nah baca perkara-perkara yang teraktub dalam bajet 2012 ~ Ohyeah ! =)

 


  • Jumlah bajet - RM232.8 bilion
  • Perbelanjaan Operasi - RM181.6 bilion
  • Perbelanjaan Pembangunan - RM51.2 bilion
  • Tahun lalu, perkembangan pelaburan langsung asing (FDI) Malaysia adalah paling kukuh di Asia bagi enam bulan pertama tahun ini dan mencecah RM21.2 bilion.
  • Kerajaan jangka pertumbuhan ekonomi terus mantap - antara 5 dan 5.5 peratus tahun ini. Pertumbuhan bagi 2012 dijangkakan antara 5 dan 6 peratus, meskipun ekonomi global diramalkan perlahan.
  • Defisit bajet buat kali ke-15 akan diturunkan kepada 4.7 peratus daripada GDP 2012.
  • Ini lebih kecil daripada 5.4% bagi 2011. Defisit berjaya dikurangkan daripada 7.4 peratus pada 2009 kepada 5.6 peratus pada 2010.
  • Peruntukan rancakkan pembangunan
  • Kerajaan memperuntukan RM978 juta untuk merancakkkan pembangunan untuk lima projek, iaitu lebuh raya JB-Nusa Jaya, muzium warisan Taiping, projek agropolitan Besut, projek tandan sawit Lahad Datu dan bekalan air Samalaju.
  • Kereta hibrid
  • Pengecualian sepenuhnya duti import dan duti eksais bagi mengimport kereta hibrid serta elektrik akan dilanjutkan sehingga 2013. 
  • RM1 bilion untuk sekolah
  • Kerajaan akan wujudkan RM1 bilion untuk penambahkaikan sekolah.
  • RM500 juta diberikan pada sekolah kebangsaan.

  • Manakala M100 juta diperuntukkan masing-masing kepada sekolah jenis kebangsaan (Cina), sekolah jenis kebangsaan (Tamil), sekolah mubaligh, sekolah agama bantuan kerajaan dan Maktab Rendah Sains Mara.

  • Felda
  • Peneroka Felda akan terima “durian runtuh”. Jumlahnya akan diumumkan sebelum Felda GVH disenarai di Bursa Malaysia sebelum pertengahan 2012.

  • Penyenaraian dilakukan dalam dalam usaha mengumpul dana menjadikan Felda syarikat konglomerat global.
  • RM400 juta diperuntuk untuk naik taraf infrastuktur bekalan air di kawasan Felda terpilih.
  • Yuran sekolah
  • Kerajaan memansuhkan yuran pendidikan rendah dan menengah di semua sekolah kerajaan.
  • Ini termasuk pemansuhan bayaran bagi kegiatan ko-kurikulum, insurans takaful dan sebagainya. Semua ini bermula penggal sekolah tahun depan.

  • Pencen
  • 600,000 pesara kerajaan akan menikmati kenaikan pencen tahunan sebanyak 2 peratus.

  • Kakitangan awam
  • Kerajaan akan wujud lebih banyak mata gaji. Ini bermakna, penjawat awam akan mendapat gaji maksimun lebih tinggi, sehingga kepada 37.7 peratus.

  • Kakitangan awam akan mendapat kenaikan gaji antara RM80 hingga RM320
  • Umur wajib bersara dinaikkan daripada 58 kepada 60 tahun.

  • Polis
  • RM200 juta peruntukan khas akan diberikan untuk perbelanjaan pembangunan polis, meliputi projek perumahan anggota, penambahbaikan balai dan pusat latihan.

  • Keluarga tentera
  • RM3,000 akan diberi secara one off kepada angggota keluarga, duda dan balu anggota berjumlah 62,000 orang.

  • Subsidi
  • Beras - Bagi setiap kilogram beras super tempatan, harga asal RM2.40, rakyat hanya bayar RM1.80. Subsidi kerajaan 60 sen.

  • Gula - bagi setiap kilogram gula, harga asal RM2.50, rakyat hanya bayar RM2.30. Subsidi kerajaan berjumlah 20 sen.
  • Minyak masak - harga RM4.75, rakyat hanya bayar RM2.50
  • Tepung - harga asal RM1.90, rakyat bayar RM1.35

  • Skim rumah pertama
  • Kerajaan cadangkan had maksimum harga rumah Skim Rumah Pertamaku dinaikkan daripada RM220,000 kepada RM400,000.

  • Skim Amanah Rakyat 1Malaysia
  • Skim ini dibuka kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah yang akan memanfaatkan 100 ribu isu rumah. Pelabur boleh mohon pinjaman RM5,000 dengan tempoh bayaran balik lima tahun.

  • Subsidi rumah
  • Kerajaan akan memberikan subsidi RM20,000 untuk pembelian Program Rumah Mesra Rakyat.
  • Mereka yang tidak memiliki rumah atau tinggal di rumah usah boleh dapatkan pembiayaan untuk membeli rumah berharga RM65,000 dengan harga RM45,000. RM200 juta diperuntukkan untuk program ini.

  • Teksi persendirian
  • Pengecualian 100 peratus duti eksais dan cukai jualan ke atas pembelian teksi baru buatan tempatan.
  • Pengecualian bayaran balik duti eksasis dan cukai jualan ke atas teksi yang berusia lebih tujuh tahun yang dijual atau tukar milik.
  • Memansuhkan cukai jalan ke atas teksi bajet milik persendirian.
  • Pemberian bantuan RM3,000 bagi melupuskan teksi lama berusia lebih tujuh tahun tetapi kurang 10 tahun. Bagi teksi berusia 10 tahun dan ke bawah, bantuan RM1,00 akan diberikan.

  • Warga emas
  • Semua warganegara berumur 60 tahun ke atas dikecualikan caj pendaftaran pesakit luar di semua hospital dan klinik, termasuk pergigian.
  • Mereka juga diberi diskaun 50 peratus tambang LRT dan Monorel





Daftar Percuma Terima RM10
Modal RM10 Pendapatan Berterusan
Jana Pendapatan Cara Mudah & Terbaru
Portal Iklan & Bisnes Online No. 1 Malaysia

Comments