Tragedi 11 September 2001, World Trade Center Runtuh.

Kini hampir 10 tahun berlalu...imbasan tragedi World Trade Center runtuh !
Tragedi ngeri di World Trade Center 11 September 2001 !
Runtuh, ranap, lenyap !!! Sekelip mata jer !!

Video ngeri banggunan World Trade Center runtuh !!
Kejadian ngeri sempat dirakam dalam video 10 minit !

Sedih...memang sedih. Bila korang tengok video World Trade Center kena serang ni...mesti rasa insaf...sebab banggunan pencakar langit tu boleh runtuh dalam beberapa minit je...Takkan ada yang sempat nak naik lif dari tingkat 110 nak turun ke ground floor selamat kan diri...memang tak sempat..

Bila bomba datang nak simbah air pun tak dapat nak sampai sebab banggunan tu terlampau tinggi...bekalan air pun kena di pancutkan dari atas banggunan guna helikopter...tapi tak sempat, bantuan tak sempat diberikan...belum pun sempat bomba nak buat kerja...banggunan ranap bermula dari atas sampai ke bawah...prutttttttttttttttt...! Lenyap..hanya abu dan asap menyelubungi bandar tu..

Bomba yang berada di bawah banggunan, orang yang melihat dan berada di sekitar banggunan yang tadinya rasa terkejut dengan kejadian banggunan yang diserang tu, tak menduga banggunan tu boleh runtuh...dan mereka juga sekali gus mati sebab berada berdekatan dengan kawasan banggunan...

Bayangkan keadaan, sekelip mata 3,000 orang mati...dan 6,000 orang cedera akibat serangan ni...


orang ramai terjun banggunan


tragedi ngeri WTC runtuh

Perkara ni menjadi sebab kenapa orang Amerika banyak membantah cakap presidennye, Barrack Obama...Since Barrack Obama dah luluskan Masjid dibina 2 blok dari kawasan sejarah hitam World Trade Center, rakyat Amerika mula buat demonstrasi ... membantah pembinaan Masjid suci kat situ...mereka melabel orang Islam sebagai pengganas...dan mereka gusar dan resah jika negara Amerika dijajah oleh umat Islam, maka lebih ramai orang Kristian akan menganut agama Islam...

Oh dunia, mengapa sebegini rupa...? : (

Aku juga seorang islam, tapi adakah aku , keluarga aku, keturunan aku, perlu dilabel sebagai pengganas ? Aku juga seorang islam, tapi mengapakah keturunan ku dilabel sebegitu hanya kerana setitik nila, habis susu sebelanga...dimanakah kewarasan mereka mengatakan semua orang Islam adalah pengganas ? 

Aku juga simpati, aku juga menangis tatkala banggunan itu diserang, aku juga menangis ke atas kehilangan nyawa manusia yang begitu ramai akibat dari serangan itu...adakah aku juga dilabel sebagai pengganas...? Ya Allah, kau selamatkanlah kami semua dari kekejaman dunia...kau berilah keamanan yang sejagat ke atas seluruh negara...kau lindungilah negara Malaysia dari sebarang kekejaman makhluk ciptaanMu...Amin.


P/s : entri republish. entri stock lama.







Comments

  1. kt sini, dorang wat acara rasmi secara besaran2an mempringati september 11

    ReplyDelete
  2. Bila orang Amerika mati seramai 3,000 orang dibuat peringatan setiap tahun. Media barat memainkan isu ini dan menuntut simpati seluruh dunia. Tapi...bila Amerika menceroboh Iraq, PULUHAN RIBU orang ISLAM mati, tapi tiada siapa memperingati dan meratapinya! Kita perlu mengubah tanggapan ini.

    ReplyDelete

Post a Comment