Salam,
Ehem ehem. Saya tengah baik hati nak menjawab persoalan peminat saya ni. Hahaha...cik octopus ! terima kasih la kerana sudi komen panjang lebar dan tanya saya soalan pasal sugar glider ni ye. Meh saya cerita serba sedikit supaya boleh la menjawab persoalan encik tuh.
Orang tanya camne you boleh cam sugar glider you ? Korang beli lah dua ekor..korang mesti boleh cam punya. kerenah, rupa, gelagat, kegemaran, semuanya berbeza...sebab tu orang suka bela sugar glider nih.
Arent they cute and amazing ???
ninja : suka lompat, gedik sikit, peramah, muka ayu, stripes lebar.
shemie : pemalu, sangat aktif, berlari melompat macam kena sawan, stripes halus
Makcik sugar glider...
Saya ada permintaan yang tak seberapa. Minta wat penerangan ala-ala kertas kerja perbelanjaan boleh ke?
hihi.
Macam ni, aku nak membela gak sugar glider ni. lama dulu dah.. tapi halangan yang tak mengizinkan aku dok setempat, tu yang agak leceh.Sebelum aku nak membela secara rasmi...ko tolong la aku yer.. hihi.
Macam mana dengan kos membela sugar glider ni
Kos makanan sebulan? (anggaran pun leh)
Kos sewa rumah dia?
Bil utility dia?
Kira mcm ko punya perbelanjaan dari mula ko beli sampai la dia dah besar ni...Sekian. Diharap makcik neo sudi menjawab sambil makan ketupat. hihi :)
YANG WAJIB. Untuk peminat sugar glider yang nak bela sugar glider tapi rasa macam tak cukup duit, korang tak payah scrol sampai bawah. Apa yang perlu cuma...sediakan :
- RM 250 untuk seekor sugar glider / RM 500 untuk sepasang sugar glider
- Cage buatan sendiri sebesar 3.5feet . Guna jaring yang dijual kat kedai tu. Dan gunakan cable tight untuk sambung jaring. Kalau pandai DIY (Do It Yourself), memang jimat. Kos = Less than RM70. penat lelah bayar sendiri dengan minum air sirap limau ais lepas berpeluh peluh buat sangkar untuk yang tersayang.
- Mainan DIY = Pakai tali pun boleh sebab sugar glider suka panjat panjat dalam cage. Running wheel pun ada orang DIY, pakai bekas makanan yang berbentuk bulat. Kos = 0
- Bekas makanan dan minuman pakai je bekas makanan yang dah tak guna tu. Kos = 0
- Tempat tidur = Letakkan bekas kecil berisi kain lembut yang ada bau korang. Sugar glider kena bagi tempat tidur yang boleh bersembunyi, lembut dan suam..baru selesa. Kos = 0
YANG SUNAT. So, yang kat bawah ni korang boleh baca kalau korang jenis dah ada duit sendiri, gaji sendiri, simpanan sendiri...nak melabur lebih sikit :
Macam mana dengan kos membela sugar glider ni ?
- Harga sugar glider sekarang dah naik mendadak sejak keluar berita kat majalah tiga. Kalau dulu boleh beli RM200 seekor, tapi sekarang sugar glider dijual dengan harga RM250-270 seekor. Nasiblah kalau dapat cari harga sugar glider yang murah. Itu baru seekor, kalau sepasang ? 250 x 2 = RM500. Kat mana nak beli ? Saya beli kat mudah.my je.
- Harga sangkar pula cerita lain. Sangkar bermula dengan saiz paling kecik 1ft (RM20), 1.5ft (RM50), 3ft (RM100), 3.5ft (RM140), 4ft (RM160),... Yang saya pakai sekarang ni sangkar sebesar 3.5ft = ) Sugar glider memang sangat selesa. Kat mana nak beli ? Saya beli kat forum internet je.
Kos makanan sebulan? (anggaran pun leh)
- Untuk permulaan, cuma perlu belikan supplement untuk sugar glider. Ada macam-macam jenis makanan dan flavor yang boleh pilih sendiri di petshop. Makanan khas untuk sugar glider ni ada banyak sangat contohnya Yogurt Drop, HPW, Pallets, Glider Cal, Tutti Frutti, Milk replacer >> Anggaran harga bermula dari RM15-35. Kat mana nak beli ? Saya beli kat Petshop je.
- Untuk makanan harian, sediakan buah buahan & sayur sayuran pelbagai jenis. Macam saya, saya tak payah beli buah buahan dah. Saya duduk rumah dengan family..so setiap hari ada je buah buahan kat rumah ni. Tak payah beli. Selalunya saya bagi makan buah mata kucing, buah pear, buah epal, buah betik, buah tembikai, timun, tomato, sawi, sengkuang, semua ni dah ada kat dapur rumah tu...senang kan ? >> Anggaran harga buah buahan & sayur sayuran = RM6.
- Untuk protien tambahan, boleh la bagi seumber protien kat sugar glider. Contoh macam kat rumah, kita mesti ada sepapan telur mentah kan ? Tak pun mesti kita ada beli ayam untuk dimasak kan ? Tak fikir nak beli dah...ambil je telur dan ayam tu rebuskan. Bagi satu slice je kat sugar glider. Sampai malam belum tentu habis. Sehari baru satu slice. Mungkin ambil masa 4 Hari untuk makan sebiji telur rebus atau ayam rebus tu. Tapi diorang forsure suka punya. >> Anggaran harga telur sepapan RM9, Anggaran harga ayam (seketul je) = RM4
Bukannya semua makanan diberi sekali gus kat sugar glider ni. Mungkin hari ni dia nak makan buah je. Esok baru bagi makan ayam. Mungkin hari ini dia makan sayur je, esok bagi la dia makan telur. Tak susah laa...Makanan diorang tak payah beli selalu, tak luak mana pun. Lagipun kan ada makanan supplement tadi ? Yogurt Drop, HPW, Pallets, Glider Cal, Tutti Frutti bla bla bla...itu pun kalau rajin nak beli.
Bil utility dia?
- Kuku - Kuku sugar glider kena selalu potong. Sebulan sekali. Kalau reti potong sendiri jimat. Kalau tak reti potong bayar kat petshop RM5 satu tangan.
- Sakit - Kalau sugar glider sakit, lebih baik berbincang kat facebook group page dan kenal pasti apa sakit tu dan tanya kawan-kawan dulu. Kalau boleh rawat sendiri jimatlah. Kalau dah mati akal pergi vet yang tahu pasal sugar glider. RM50 check up.
- Tempat Tidur - Hammock, Tunnel, Seeking Hut, Sleeping pouch dan macam macam lagi aksesori dia tuh...guna kain je. Kalau reti jahit sendiri, jimat. Kalau beli, RM10-15 satu item. Saya beli satu set di internet harga RM50.
- Permainan - Running wheel yang saiz hamster tu tak sesuai. Tapi saya guna yang tu dulu buat masa ni RM8 je.Botol Air RM6
- Travel cage -Yang ni memang kena prepare awal sebab kalau kita nak pergi outstation ke apa, kita mesti bawak sugar glider kita ni. Kita boleh percaya ke orang lain jaga sugar glider kesayangan kita ni ? Tak boleh woo...so beli cage yang berjaring, boleh buka tutup dan simpan dengan mudah.Anggaran RM30-100. Ada orang nak jimat, letak dalam bakul baju pun takpe.
- Bonding pouch / Travel beg - Bonding pouch ni untuk tolong korang lebih rapat dengan sugar glider korang. Bawa kemana-mana dengan bonding pouch. Lebih lama spend masa dengan sugar glider, korang akan jadi lebih rapat. Harga bonding pouch RM 20. Travel beg tu tak payah pun takpe kalau dah ada bonding pouch, tapi travel beg ni selesa sikit sebab pattern dia lagi stylo. Harga travel beg RM 50.
Setakat hari ini, saya anggarkan duit saya hampir...RM1000. Ok, dah dah cukup lah tu. kalau ada pun nak spend untuk sugar glider lepas ni, niat nak buat bisnes breeding terus.
RM480 = 2 ekor Sugar Glider , sebalang makanan, dan 1.5 feet sangkar.
RM22 = Supplement palets
RM22 = Yogurt Drop
RM8 = Wheel
RM6 = Botol Air
RM 50 = Set Tidur Checkerboard + Bonding pouch
RM 50 = Set Tidur Warna Warni.
RM 50 = Travel Beg Pattern Cheetah
Ohh...terlebih sudah cerita saya nih. Tapi saya rasa apa yang saya sampaikan ni dah dapat bantu sedikit sebanyak peminat peminat sugar glider yang nak membela sugar glider ni ye. ! Orang kata macam mana orang boleh gila spend duit untuk haiwan kesayangan. Tapi ada tak orang fikir macam mana orang gila spend duit untuk modify kereta, buat pembedahan plastik, beli produk kosmetik SKII, beli baju branded yang mahal mahal, beli kasut , beli handbag, makan kat hotel...erm, sebenarnya sama saja ! Korang rasa korang spend duit korang ke mana ? Sebab saya tak minat shopping barang la sebab tu saya bela haiwan ma..lagi best dari bershopping shopping ni. L
Chow, salam !
Mood : Penat membebel.
Wow! Menjawab soalan gitew. ahaha.
ReplyDeleteAku ada la pengalaman sikit, membela hamster dulu. boleh implement kot caranya...
Terima Kasih banyak-banyak sudi menjawab yer... Kena la aku prepare duit nak membeli sepasang suger glider.
Kalau ko dah breed dia nanti, leh kot aku dapat dengan harga murah? hihi.
Nampak gaya tu, hanya permulaan la agak mahal sikit. Perbelanjaan bulanan tak membebankan..
Kalau ada urusan diluar kawasan, tak boleh ke tinggalkan dia dalam sangkar dengan makanan yang secukup nya? maklum la aku kan lelaki, agak pelik la ada handbag lak... :)
wah...berminat gak nak bela.tp tmpt sy tinggal ni kedai haiwan susah la.ada pun mcm tak byk brg.klinik pun jauh.kena pikir byk klu nak bela ni..
ReplyDeletePadat lagi bernas..
ReplyDeleteAku cuma tak tahan dengan bau dia je.. :D
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteBaru Dapat Glider 2- hari lepas.. cuma.. die selalu sangat jilat and cam groom privert parts die...masa kat petshop benda tu bulat je, skung cam lembek semacam jer.. pastu die tidddoo jer.. tapi awal pagi ru bangun.. malam pun tidur. die bgn pukul 7-10 camtu.. pastu , tidur balik.
ReplyDeletei sekarang bagi makan Anggur, epal and Cherry, ... still searching untuk beli HPW tu.
and he's not drinking much.. do you have a suggestion?
last thing.. I saw your Vet list.. for Ipoh.. is the Clinic ok? i have horrible experience with a vet in ipoh.. my Siamese cat died soon after the vet gave him some "medication" ..
Please help!!
salm.. sg kalau grg sgt ni na jinak kan dia mcm ne e? jwb e. :) thz,,, :)
ReplyDeleteSalam...nak tye..wajib ke bela sepasang??
ReplyDelete