Wednesday, September 07, 2011

Sugar Glider : Makan Telur Dadar.

Salam,
Macam mana caranya kalau nak buat makanan simple untuk sugar glider ni ek ? Senang je..kalau ada microwave, lagi mudah  dan cepat. Hari ini menu makanan shemie dengan ninja ialah scramble egg timun. Heheheh..dah macam telur dadar dah ni =) Cara nak buat senang je. 

Amboi dah macam chef wan pulak saya nih. Noah pun sama, dia ada buat resepi untuk smoothie jambu =) Sodap wooo.

Cara buat telur dadar timun untuk sugar glider =)
  • Tuang sedikit telur mentah yang dah bergaul dengan telur kuning (1 1/2 sudu besar jer). Letak dalam mangkuk tahan microwave. 
  • Potong timun kecil kecil.
  • Gaulkan timun dengan telur mentah tadi. 
  • Masukkan dalam microwave, letak 10 saat. 
  • Kemudian gaulkan bahan yang dah separuh masak tadi.
  • Masukkan balik dalam microwave dan tekan 20 saat.
  • Cincang telur + timun yang da masak tadi. 
  • Siap untuk dihidang untuk sugar glider tersayang =)

telur ada sayur pun ada...sedap ape ?

camni la rupanya telur dadar ni..tak payah rebus pun, tak payah goreng pun.

siap !

kuantiti yang sedikit je. ingat 1 setengah sudu telur je dah cukup

kalau dah kita makan pun sedap, apatah lagi sugar glider ye tak

siapa nak telur dadar ni ? hehehe

terbukti sugar glider memang sukakan telur. campur je la sayur ke hpw ke dalam telur tu..kompom dia makan =)

hantu telur. hahahaha

menikmati dinner. 

macam anak sendiri wo..siap masak lagi untuk anak tersayang hahaha

jangan makan telur je tau, makan timun tu skali hehe =)

Sugar glider boleh makan ikan tak ? Oppps ! Tak boleh ye. Ikan tak boleh. Entah sebab apa tah..lagipun saya pernah bagi diorang makan ikan rebus..tak nak pulak dia makan. Ok jumpa lagi tatata...

Mood : Mimpi lagi...




 

Designed by Alieff Artwork