Sifat Riak & Dosa Riak.

Salam !

Nak emo emo ke hari ni ? Takdelah...saya cuma nak kongsi satu perkara je. Saya nak berkongsi rasa yang saya tak berkenan betul dengan orang yang suka berlagak. Saya tau..kita semua tak suka orang yang berlagak kan ? Sapa pula yang suka ye tak ?

Saya ni bukannya bermasalah pun dengan orang yang suka berlagak atau riak ni..saya ni jenis tak ambil port punya orang la kan. Suka hati hang pa la ehhh nak wat paa...=) Tapi sebenarnya segan..saya jadi malu tengok orang tu riak ke, berlagak ke, bercerita tentang kemegahan diri sendiri ke...saya pula yang jadi segan dan malu nak dengar. Errkks...pelik eh ?

Tapi inilah masalahnya...selalunya, kalau ada orang yang punyai sifat suka berlagak ni..dia tak sedar diri. Maksudnya dia takkan sedar yang diri dia tengah berlagak. Berlagak, eksyen, tunjuk bagus, semua yang berkenaan tu lah. Jelik tengok..atau nak termuntah dengar si polan ni berlagak sombey.

Boleh ke kita berlagak ? Berlagak tu dua kali limalah dengan riak betul tak ? Sama lah tu...berbangga dengan memperbesar besarkan diri kat orang ramai...riak la tu.




Sifat Riak  Credit : Abubasyer

RIAK ialah penyakit hati yang paling ditakuti Rasulullah SAW menimpa umatnya kerana ia boleh berlaku dalam pelbagai keadaan, hatta ketika menunaikan solat yang sepatutnya dilakukan dengan ikhlas.

Kerisauan itu dinyatakan Rasulullah SAW dalam sabda bermaksud: "Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad)
Riak ialah memperlihat atau menyempurnakan ibadat dengan tujuan mendapat pujian serta perhatian orang lain seperti solat dan puasa.

Kita ni kadang kadang tak sedar yang kita ni sedang bersifat riak. Kalau dah terlanjur riak tu...cuba lah sebut istigfar...Henti hentikanlah riak tu...malu eh orang tengok perangai tak senonoh kita tu kan. Kalau apa yang baik dalam diri kita tu semuanya dikurniakan oleh Allah swt...yang buruknya datang dari kita snediri..jadi bersyukur lah dengan apa yang kita ada...tak perlu bermegah diri...ucapkan Alhamdulillah =)



Comments

  1. betul2.. kadang2 tak sedar secara secara tidak langsung dah berlagak.. tapi mungkin sbb ayat yang digunakan tak sesuai..kalau yang tu takpe kot.. hihihi.. tapi seyes mmg tak bleh blah dengan orang yang memang niatnya nak berlagak.. biarkan jela luncai dengan labunya.. =p

    ReplyDelete

Post a Comment