Pages

Tuesday, September 13, 2011

Pakaian Macam Pelacur.

Salam,

Wah tajuk agak hangat malam ni. Hangat hangat tahi ayam kah ? hangat hangat ketiak kah ? Huhu...perempuan yang ber-pakaian macam pelacur. Pernah nampak tak ? Pernah tengok tak ? 

konon bergaya tapi...salah tempat...

Nak berpakaian pun biarlah kena pada tempatnya...kalau nak pakai pakaian macam pelacur, yang nampak lurah lurah, yang nampak peha gebu, yang nampak celah ketiak tu...boleh lah dipakai di tempat yang sesuai..contoh macam kat disko ke, kat party minum arak ke..Tapi...amatlah tak sesuai kalau kita berpakaian macam pelacur ketika menghadiri open house hari raya, kenduri doa selamat, majlis rasmi, meeting di pejabat, atau pun di rumah rumah anak yatim.

Nak kata orang takde style, tak bergaya, tak up-to-date, itu terpulanglah ya. Kita ni pakai pakaian yang elok, yang boleh dibawa ke Masjid. Bukannya pakai pakaian yang kalau lalu depan Masjid kompom kena halau punya...So..fikir-fikirkanlah ya...janganlah berpakaian seperti pelacur. Nama pun Islam...bawalah dan jagalah imej orang Islam.

P/s : Bergaya tu harusss !  Menjaga kecantikan itu harussss bagi seorang wanita...! Jangan diabaikan..tapi biar kena pada tempatnya ok =) Sekian terima kasih =)



 

Designed by Alieff Artwork