Hibernasi.

Manusia ni sebenarnya perlukan ruang untuk berehat. Rehatkan minda, rehatkan badan, rehatkan otak dari berfikir, rehatkan badan dari melakukan kerja kerja berat, rehatkan mulut dari bercakap. rehatkan mata dan tidur, rehatkan telinga dari mendengar...pendek kata semua segilah...dapatkan rehat. 


Macam laptop..kalau pasang lama lama boleh jam kan? Laptop pun perlukan rehat jugak...sebab tu kita off dia bagi sejuk. Sama juga macam manusia...kena ada waktu atau ruang untuk rehat atau hibernasi. 

Ahh...sedapnya ber-hibernasi ni. Lama sungguh saya berehat. Tak puas lagi rasa nak rehat...Rasa macam tak nak diganggu..tak nak diusik...tak nak dikejutkan..Entah sampai bila, saya pun tak tahu. Yang pasti..saya betul betul tenang..walau hati ni kadang kadang terusik jua dengan luka lama. Tapi saya tetap bersyukur kerana diberi banyak peluang untuk merasa nikmat Allah selagi hayat dikandung badan.

Baru saya sedar betapa nikmatnya Allah bagi peluang pada kita supaya berehat dari melakukan kerja..termasuklah kerja kerja berat, kerja kerja terkutuk, kerja kerja yang tak berfaedah. Ada sebab kenapa Allah bagi musibah dalam hidup kita...ada sebab ada hikmahnya kenapa Allah memisahkan kita dengan perkara yang kita suka..sebab perkara tu mungkin mendatangkan keburukan pada kita...

Jadi...saya nasihatkan pada semua..kalau rasa diri dah tak mampu teruskan sesuatu perkara..jika rasa beban dengan sesuatu perkara...ambil lah ruang untuk diri sendiri...rehatkan minda, rehatkan badan..rehatkan fikiran..carilah ketenangan..Moga ketenangan yang dikurniakan Allah swt tu dapat membantu kita menyelesaikan semua yang kusut dalam otak tu...hopefully, InsyaAllah...

Mood : Harap orang tua saya tak tanya soalan sama...saya nak hibernate =)



Comments

  1. biar sy tlg tanyakn..bila nk kawen? hheheh

    ReplyDelete
  2. sblm raya ari tuh, aku bole dikategorikan sbg berhibernasi sbb 2 mggu cuti MC. ahahaha...

    ReplyDelete

Post a Comment