Gadis Hilang, Nurul Izzati Shuib !

Perhatian semua...ada orang hilang ! 

Tolong cari gadis ni sampai dapat dan hantar dia pulang ke pangkuan keluarga dia di Teluk Intan. Kesian mak ayah dia tengah susah hati anak tak balik rumah...Hurm..harap-harap tak jadi apa-apa yang buruk kat budak perempuan ni....sekarang ni manusia semakin kejam. Kalau jenayah sekarang ni complete set rogol+bunuh+kerat. Ya Allah kau lindungilah kami semua dari kekejaman makhlukmu di muka bumi ini...amin.

Gambar Nurul Izzati Shuib. 
 Nurul Izzati Shuib. 22 Tahun. Asal : Teluk Intan.


TELUK INTAN 10 Sept. - Seorang bapa dari Taman Fajar di sini merayu anak gadisnya supaya pulang ke rumah selepas menghilangkan diri sejak Ahad lalu.

Shuib Bahari yang merupakan Penghulu Mukim Durian Sebatang berkata, kehilangan Nurul Izzati, 22, hanya disedari selepas motosikal yang ditungganginya ditemui ditinggalkan di Stesen Bas Bandar Baru di sini.

"Kami cuba menghubungi telefon bimbitnya tetapi tidak dijawab. Nurul Izzati ada menghubungi kami menggunakan telefon rakan untuk memaklumkan dia berada di Kuala Lumpur, tetapi belum sempat bertanya lanjut talian terputus.

"Sejak itu tiada khabar berita daripadanya dan ini amat membimbangkan kami," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Shuib berkata, apa yang membimbangkan ialah anak gadisnya itu tidak menghubungi saudara-mara mereka di Kuala Lumpur.

Pada mulanya, kehilangan Nurul Izzati tidak disedari kerana menyangka dia keluar bekerja di sebuah klinik swasta di Taman Ros yang terletak 100 meter dari rumah.

Katanya, laporan polis mengenai kehilangan gadis itu telah dibuat dan berharap orang ramai yang mempunyai maklumat di mana Nurul Izzati berada boleh menghubungi talian 013-4404214.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang mengesahkan menerima laporan tersebut.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai lokasi Nurul Izzati berada boleh menghubungi polis di talian 05-6299222.


Comments