Esok Mula Kerja !

Ok, 

Entri semangat sikit setelah buat entri lagu sedih tadi. Huah...nampkanya cuti sekolah sempena Hari Raya aidilfitri kali ni tak ku gunakan dengan sebaiknya. Yeah...saya gunakan dengan sebaik-baik mungkin untuk tidur, tidur dan tidur sahaja. 

Raya ? Apa makna raya...kurang bermakna raya kali ni sebenarnya..rasa kehilangan rasa sepi rasa geram rasa gatal rasa sakit rasa bahagia rasa seronok ahh...semuanya bercampur baur ! Dan yang pasti saya memang terlampau malas untuk berjumpa sesiapa dalam keadaan sekarang. Makan setahun tak jumpa sesiapa pun saya sanggup. Malas nak keluar rumah dah. Malas nak buat segala-galanya dah. Saya jadi semakin pemalas dari hari ke hari. Mintak maaf, jujur ni saya cakap...saya melingkar je atas katil. Kalau saya bangun tidur pun saya main dengan shemie dengan ninja je. Dapat mesej orang ajak keluar...pun tak layan. Mesej raya pun tak layan. Mesej open house pun tak layan. Apatah lagi handphone tak topup nak dekat sebulan,...dan paling best silent mode sentiasa. Ada kematian pun tak mungkin saya tahu. Pergh. Ini betul luahan perasaan kan. Lagi panjang dari entry takky pulak nanti. Haha. 

Tell me how this is suppose to end ? Kenapa berakhir begini ? Eh eh belum berakhir lagi...selagi mata tak tertutup, selagi saya masih bernafas..perjalanan hidup perlu diteruskan dengan penuh gigih. Penuh keazaman, penuh kepercayaan, penuh kesabaran, tapi masih dalam mood malas untuk merubah apa-apa. Hari-hari saya panjatkan doa yang sama. Agar sentiasa diberi petunjuk, hidayah, agar Allah melimpahi rahmat dan berkatnya ke atas saya, dia ,semua insan tersayang dan keluarga dan turun temurun. Agar segala dosa sebelumnya dihapuskan, agar diterima segala ibadat dan amalan...hari-hari saya berharap Allah kurniakan kehidupan yang lebih baik untuk saya dan semua orang yang saya sayang... 

Anak-anak sekalian, malam ni mummy boring gila. Eh bukan malam ni je, tiap tiap malam mummy boring gila. Nasib baik ada korang teman mummy muhahaha. TV tak tengok, Radio tak bukak, Berita tak baca, yang saya tahu facebook, blog, dan sugar glider je. Pergh cuti bosan tahap maksimum ! Nak pergi kerja pun bosan tahap maksimum ! teruk gila prestasi hidup saya ni. mana boleh macam ni woo..mati kering camnie ! Esok kembali bekerja setelah seminggu cuti sekolah ! Wahai cikgu cikgi sekalian marilah kita pergi sekolah dengan penuh semangat, kalau dah jadi pemalas macam saya ni, buang la sifat malas tu kat rumah jer. Kah kah kah. Boleh ke macam tu ? Ahhh...jia you !!!! Tak sabar pulak nak tengok muka anak-anak murid esok..tak sabar nak dengar suara dorang..tak sabar nak bagi diorang duit raya...hihihi =) 

layan gambar shemie dengan ninja my love sugar glider !




















Hah, puas ? Tak larat nak caption semua gambar eh kali ni...hahaha...geram lak tengok anak-anak ni. Hari hari saya puji diorang ni comel. Makin lama makin extra comel pulak dah. Woiii kemaruk saya dengan diorang ni. Tak makan tak mandi pun tak pe muahaha. Babai semua, esok kita kerja ! =)

P/s : Nak pesan apa ya kali ni..neyt !



Comments

  1. Yeah,semangat macam ni yg kita mahu...nurul,kalau ada apa2 masalah cuna jgn terlalu terbawa2..semua boleh selesai asalkan betul cara atasinya...moga dipermudahkan segala urusan harian nurul..:)

    ReplyDelete
  2. hahaha..lusa nak beli sugar glider gk..tak kira..saya da amik nombor MIM yang cik neon letak kt dlm blog..harap2 offer yang tertulis tu masih ada lagi..

    ReplyDelete
  3. nie mesti rindu anak murid nie...
    2 yg x taw nk wat ape ye?

    ReplyDelete
  4. Salam..
    selamat hari raya
    maaf andai ada kesilapan
    antara kita...

    comelnya haiwan tu..
    tak menggigit ke..?
    :)

    ReplyDelete
  5. Selamat Hari Raya..
    Selamat kembali bertugas..

    Saya jarang tgk pet ini, tupai ke apa ek?..tapi serious, pet ni mmg cute tapi tak gigit ke?

    ReplyDelete

Post a Comment