Apa khabar semua...saya baru je balik dari Majlis Cukur Jambul anak buah saya kat Shah Alam. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar sekali. Kat Shah Alam sana ramai budak budak kecik..saya pulak bawa shemie dan ninja..habis diorang kerumun saya. Letih rimas. Huhu...tapi tetap seronok sebab dapat lepas rindu dekat Iman tersayang.
Apa kena mengena tajuk dengan entri ni...Entah apa yang saya fikirkan sejak kebelakangan ni. Saya banyak mengelamun je...bermimpi sana sini...Entah apa yang terbuku dalam hati ni...Entah apa agaknya rupa sebenar hati ni kalau dilihat dengan mikroskop...Entah apalah sebenarnya yang diinginkan dalam hati ni...Entah apa yang terpendam dalam hati ni...Entah apa yang dirasakan oleh hati ini...Siapa tahu ? Hanya Allah sahaja yang tahu...Hanya berharap apa yang didoakan, dimakbulkan Allah swt...
Apa yang ada dalam 6 tahun. Entahlah...
Comments
Post a Comment