Tuesday, August 16, 2011

Terpedaya Dengan Budak Comel.

 jangan terpedaya dengan budak budak comel ok !

Semalam ada urusan di HUKM. Masa tunggu giliran tu, ada seorang budak bajet comel (memang comel pun) tiba-tiba mendekati saya sebab saya tengah main Ipad masa tu. Budak tu konon nak main Ipad la tu kan..

Oklah..layan budak ni kejap...

Saya pun bagi lah budak ni main game Ipad tu. Mula mula budak ni behave lagi. Lepas dia dapat tekan Ipad tu..dia naik minyak pulak. Saya yang tengah kusyuk kejar high score ni jadi panas lak bila budak ni dok tekan exit exit sebab dia tak suka game tu ! Mulut budak tu asyik merengek je cakap NO NO NO..! Memberi arahan kat saya yang dia nak game lain. Saya yang tengah kusyuk main ni dia boleh tekan Exit sesuka hati jer...cis...terbakor...

Ini dah melampau ni...

Daripada teruja dengan kecomelan budak ni terus saya jadi hangin. Lepas dia cakap NO NO NO NO tu...saya terus naikkan suara "Hah, kalau tak nak sangat , dah tak payah !!" (cover sikit laa mak bapak dia ada depan seat saya tu kan) Saya tarik Ipad tu, blah pergi duduk tempat lain.

Lepas kene sound tu terus budak tu merengek rengek kat mak dia..saya blah la..dalam hati "aku kat sekolah puas da layan kerenah anak anak murid..lepas sekolah nak melayan kerenah ko pulak, tak kuasa aku.." heh..kacau daun betul orang nak main game. Muahaha.

Moral of the story : Jangan terpedaya dengan kecomelan budak budak. Ia mungkin mendatangkan iritasi !


 

Designed by Alieff Artwork