Tang Lung : Cara Buat Tang Lung Cina.

Salam,

Khamis lepas saya dan semua warga Pendidikan Khas buat aktiviti mereka bentuk Tang Lung. Saya tak pernah buat Tang Lung, so saya memang teruja dan seronok nak buat benda ni...Huhu..walaupun tang lung yang dihasilkan tak berapa cantik, saya berazam nak buat lebih cantik lagi lepas ni... =)

Credit : Wikipedia. 

Tanglung (yang berasal dari perkataan bahasa Kantonis: 肺唐 Táng Lung) merupakan sejenis alat pelindung yang melindungi lilin dari tiupan angin ketika berjalan pada waktu malam. Ia merupakan salah satu benda penting dalam kebudayaan Cina dan telah menjadi salah satu unsur kebudayaan masyarakat Cina semenjak tahun 250 SM lagi. Tanglung banyak dijumpai di China dan Jepun.


Cara Buat Tang Lung .
Sediakan dawai..dan buat bentuk kotak macam ni.

Lilitkan dawai tersebut mengikut kreativiti korang..asalkan dia bercantum macam ni. 

lepas dah siap ikat dawai tu, boleh ambil kertas warna yang transparent tu dan balut tang lung korang

jangan lupa buat tempat letak lilin sekalli...

yang ini pulak versi lidi..yang tadi versi dawai..dawai dan lidi dua dua boleh buat tang lung

 dah siap rangka tang lung..buat petak biasa je

lepas tu tampal kertas warna transparent...mak aihh hodohnye..ni experimen je la ok...

 next time saya nak buat lawa -lawa laa tanglung ni..nak letak dalam bilik

 yang tang lung pertama tadi dah siap..

tang lung kedua pun dah siap

 yang kat tengah tengah kotak tang lung tu..dawai yang dililit khas untuk kita letak lilin nanti...ok dah siap !
Ok, babai..jumpa lagi =)

Comments

Post a Comment