Sugar Glider : Potong Kuku !

Jom kita potong kuku shemie dengan ninja jom...sementara diorang tengah tidur ni, boleh la saya nak potong. Jangan harap boleh potong kuku diorang kalau tengah bangun..leceh betul. Mama neon da tak sanggup dengan ketajaman kuku korang, habis ketiak mama bercalar balar sebab korang okay !

Cara nak potong kuku sugar glider:
  •  Pastikan diorang tengah tidur.
  • Pegang jari jemari dengan kemas.
  • Potong bucu kuku sahaja. Jangan potong terlampau banyak. Hanya trim saja.
  • Sugar glider akan terkejut kejut masa korang potong..itu biasa lah tu, kalau diorang jerit tu baru tanda diorang sakit..so hati hati lah ye !
 yey its time to cut your finger nails baby !

tidur dengan penuh kusyuk !

cut cut cut ! jangan potong lebih lebih, bucu bucu je cukup...nanti terpotong jari anak, menagis tak berlagu karang !

tata titi tutu ! =)

Comments