Monday, August 08, 2011

Sugar Glider : Hobi Ninja, Suka Gonggong Tali.

Semalam saya perasan sesuatu yang menarik pasal sugar glider saya ni . Kenal si ninja kan ? Dia tu namanya je ninja..tapi dia betina tau. Ok, saya sebenarnya perasan yang ninja ada hobi baru la. Hihi...kelakar pulak tengok hobi dia nih.

Habo baru : Ninja suka gonggong tali dalam cage dia tu. Actually saya letak tali tu supaya dia boleh main panjat panjat dalam cage. Tapi yang peliknya, ninja kalau dapat je tali tu, dia akan gigit tali tu dan jalan-jalan dengan taliu tu seluruh sangkar.

Muahaha...comel gila kot. Ninja gonggong je tali tu dan bawa sampai ke pouch tidur. Amboi...ape yang best sangat dengan tali tu saya pun tak tahu..yang si Shemie takde pulak nak buat perangan pelik camtu.. haha..

 hai, nama saya ninja ! saya suka main dengan tali .. hahaha saya nak libas korang pakai tali..sapa yang buli saya, saya libas laju laju... ade berani ke ?

mulakan aktiviti menggigit dan menggonggong !

jom kita jalan jalan dengan tali ni hahahaa

ke kiri dan ke kanan , ke depan dan kebelakang 

pusing pusing satu cage hahaha 

ninja nak bawak tidur ye tali ni ? boleh tak mamii !
Ala mucuk mucuk dia tuh ! Kelakar siot ninja ni...rasa nak picit je !

 

Designed by Alieff Artwork