Sambung Master @ Sarjana.

Salam, baru-baru ni saya bercadang nak melanjutkan pelajaran ke peringkat master @ sarjana. Entah tercapai ke tak impian saya nak sambung belajar ni. Last two weeks ago saya ada sent email berkenaan sambung belajar master.Ini email yang saya dapat dari pihak UKM. 

sambung belajar di UKM okay tak ?
Tuan/puan,
Terima kasih di atas emel yang dikirimkan.
Untuk keterangan lanjut berkaitan pengajian pascasiswazah di UKM, mohon rujuk www.ukm.my/pps. Permohonan boleh dibuat online pada bulan Oktober 2011 bagi kemasukan mac 2012. Terima kasih.

Hah, amik ko. Bulan oktober beb...cepat kejar ramai-ramai ! Jom kita sambung belajar jom jom =) Harap apa yang dirancang dipermudahkan Allah swt...

Orang kata kalau nak sambung belajar ni kena tunggu pengesahan jawatan. Saya pun tak pasti lah. Tapi lecturer saya kata..kalau nak sambung belajar..go on je sebab kita masuk belajar hulur duit je dah boleh belajar dah. Its all about the money money. So wahai duit duit ku sekalian, sila beranak pinak lah okay...akan ku korek semua simpanan yang ada...hambik ko.

Saya kalau boleh tak nak tangguh belajar lagi. Sebab sementara otak dan badan saya ada kemahuan nak belajar dan sanggup terima cabaran belajar..saya nak redah je. Kalau saya tunggu lama lagi nak sambung master ni, memang alamatnya sampai ke tua gayut saya takkan sambung belajar punya. InsyaAllah..kalau allah permudahkan jalan saya..dapatlah saya sambung belajar kat mana-mana nanti.

P/s : Kalau ada yang boleh bagi saya semangat, nasihat, atau pendapat tentang sambung master ni saya alu alu kan..kongsi pengalaman ke ape ke..saya ni budak baru belajar =)

Comments

  1. kwn sek i yg sm posting dgn i, belum sah jawatan lg dpt je sambung. asalkan dpt permission dr majikan.. teringin jugak nak sambung. jom apply sama2 =)

    ReplyDelete
  2. sambung kt ukm bangi..leh la berjumpa..hahaha..walaupun bukanlah dkt sgt

    ReplyDelete
  3. sambungla kat UKM bangi..ti leh jumpa sana..kte pun ade 2 sem lg kat UKM...kos apa???

    ReplyDelete
  4. Salam... harap dapat share info..

    1. Ape syarat2 nk sambung master ea?
    2. Ada kaedah lain ke nak apply master selain based on result? May be job experiences? result saya kurang dari 3.50 la.. huhu...

    ReplyDelete
  5. aslmlkm.. hehe macamna dapat smbung s2dy x?? m saya nak taula mcmna prosedure nak smbing blaja ni.. terdetik dalam hati nak ambik master lpas hbs degree ni... nak mntk info blh??

    ReplyDelete
  6. SAYA PUN belum sah jawatan.. saya dah tangguh 2 tahun untuk sambung study... saya plan nak apply untuk sambung di uum tahun nie ambilan september... saya dah dapat kebenaran majikan saya aka pengetua dan pk saya.. but kerani saya kata tak boleh sebb belum sah jawatan.. susah hati jugak...

    saya 28 mei nie baru nak pie dengar taklimat induksi :(

    ReplyDelete

Post a Comment