Sunday, August 07, 2011

Sahur Pagi Tadi Kelakar La =P

Cerita waktu sahur yang lawak.

Kelakar betul...Suasana Sahur Pagi Tadi :
  • Semua bangun pukul 5.30 pagi , alamak sempat ke nak sediakan sahur ni ? 
  • Nasi semalam dah panaskan, time nak tuang ke dalam pinggan tengok BASI la pulak, CANCEL. 
  • Keluarkan bubur lambuk dari peti ais, time tuang dalam mangkuk je tengok BASI la pulak, CANCEL. 
  • Panaskan kuah sphagetti. Rebus mee sphagetti  yang baru dengan harapan mee tu akan lembut. Tengah-tengah nak panaskan, GAS HABIS pulak, AHH SUDAH. 
  • Kelam kelibut sekejap, guling masukkan gas baru. PLUP pasang api besar besaran dengan harapan mee sphagetti lembut cepat. Nasib baik mee tu dah lembut. Agak-agak 3 minit nak azan subuh, semua makan sphagetti laju laju. Telan laju laju, GULP dah azan subuh...Hahahahaha...
P/s : Camne sahur korang pagi tadi ? Best tak ? Huhuhu....

 

Designed by Alieff Artwork